Sunday, July 19, 2015

AYAH TAK MATI KE? | cerpen


Encik Rashid asyik menggaru-garu kepala. Si anak yang berumur 5 tahun berjalan terkedek-kedek kearahnya.

“Ayah, hari ni ahad ek?”

“Bukan. Hari ni hari Rabu. Kenapa Muiz?”

“Kalau ayah ada kat rumah, selalu hari Ahad.”

Encik Rashid menggaru lagi kepalanya bagaikan ada kutu bersarang sekeluarga. Susah betul mahu diterangkan situasinya pada anak kecil itu.

“Ayah tak kerja hari ni. Kena gantung.”

“Kena gantung? Ayah tak mati ke?”

Encik Rashid tergelak sendiri. Logik budak. Namun dilayankan saja.

“Tak mati kena gantung ni. Nanti dapat kerja, ‘hidup’ balik la.”

“Ooo…” Si anak kecil terangguk-angguk. Encik Rashid tersenyum saja lalu kepalanya digaru lagi. Okey. Mungkin memang berkutu. Eww!

“Sudahlah. Muiz pergi main dengan adik dalam bilik ya? Ayah nak berehat.”

Si anak angguk. Terkedek-kedek Muiz masuk ke dalam bilik bertemu adik perempuannya. Encik Rashid masih duduk di atas sofa memikirkan masalah yang melanda. Kepalanya digaru semul… Seriously, Encik Rashid. Kau perlu jumpa doktor. Now.

* * * * * * * *

Mimi berdiri terketar-ketar di atas kerusi mini berwarna pink. Walaupun umur baru 3 tahun, namun dia akur sahaja mendengar arahan abangnya.

“Adik takut…” bibir Mimi terjuih. Dirinya masih berdiri tegak di atas kerusi itu. Muiz pula leka mengikat tali buaian erat-erat ke leher adiknya. Selesai kerja, dia tersenyum puas hati.

“Tak apa. Ayah kata, kalau gantung tak mati.”

Lalu kerusi ditarik.

END


Thursday, July 16, 2015

Kad dari Penomik

Selamat Hari Raya!!

Peh! Punyalah lama tak tulis kad raya, tahun ni 29 keping Aman buat! Siap ada lukisan lagi!!

Tempoh hari Aman ada beli 30 kad raya eksklusif Lawak Sekolah. Aman bercadang untuk beri kepada beberapa pembaca Lawak Sekolah yang selama ini dah banyak beri sokongan. Tahniah!!


Tapi oleh sebab kad raya ini terhad, jadi Aman terpaksa beri pada pembaca terpilih sahaja. Maaf ya!!

Aman serba salah sebenarnya. Namun tak apa. InsyaAllah kalau Aman rajin, tahun depan Aman try bagi pada semua. Eceh!!

Ok la, malam raya ni malas nak online lebih2. Hubungan offline diutamakan dahulu ya!

Salam lebaran!

-out-

Tuesday, July 14, 2015

Masalah Raya KAFE KHENIT


Wah, wah! Majalah Awang Khenit isu ke-3 sudah pun keluar! Ini bermakna episod baru siri komik KAFE KHENIT juga sudah boleh dibaca!

Paling istimewa, majalah kali ini adalah edisi khas Aidilfitri! Haaa...semua cerita pasal raya saja. Jadi, kalau korang nak balik kampung tu, jangan lupa beli dan boleh baca dalam kereta.

Komik Kafe Khenit juga berkenaan hari raya! Kebiasaannya, bila nak raya semua orang happy. Tapi berbeza dengan Kisha dan Para yang bekerja di Kafe Khenit. Diorang tengah resah gelisah tu. Sebab apa? Haaaa....itu kena beli dan baca la!

Untuk episod kali ini, ada penambahan 1 lagi mukasurat. Jadi, bermula isu ini, Kafe Khenit akan ada 5 pages setiap isu. Kalau ramai suka baca, bolehlah demand berpuluh pages. Hihihi! Episod kali ini ada sentimental value untuk kita renung bersama. Aman mahu sambil gelak-gelak, kita dapat mesej juga. :)

Okeylah! Kalau kornag sudah beli dan baca, jangan lupa tinggalkan komen atau kritikan ya! Aman akan cuba baiki untuk isu-isu yang akan datang.


Okey lah, Aman mahu sambung lukis episod 4 pula. Episod 3 sudah submit, rasa bangga pula diri ini. Hihihi!

-out-

Wednesday, July 8, 2015

Aman dan Anugerah


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Banyak hadiah Aman dapat semasa malam Royalti BLINK tempoh hari. Malam royalti tu sebenarnya majlis penyerahan check royalti (untuk jualan buku tahun lepas) kepada penulis-penulis. Tapi, tahun ini sedikit berbeza, BLINK menjadikan malam ini ala2 ABPBH gitew~!!

Siap ada award, anugerah, pengumuman siapa paling tinggi royalti, siapa paling aktif pemasaran dan lain-lain. Memang meriah! Memang BLINK!

Apa yang best event begini adalah dia kasi semangat penulis tu naik. Bila tengok rakan lain succes, jadi masing2 akan cuba untuk jadi terbaik. Lagipun, kumpul ramai2, gelak2 memang syok!


* * * * *

PENERIMA ROYALTI KETIGA TERTINGGI


Serius, Aman memang tak expect pun dapat ini. Sebabnya, 2 penulis yang dapat royalti tertinggi royaltinya berpuluh ribu. Memang lah Aman belum capai tinggi tu lagi. Haha! Namun, Alhamdulillah bila Aman pegang poster award tu, semangat Aman berkobar-kobar mahu pecut Azanil Fitri dan Kak Izanor Sharif supaya dapat royalti yang puluhan ribu juga macam diorang! Aamin!

Tahun depan? Nope, dengan melihat prestasi Aman yang malas2 tahun ini (ditambah dengan krisis GST lagi), rasanya tahun depan tak boleh expect lebih. TAPI... Tapi, tahun 2017 nanti Aman akan pastikan royalti berlipat ganda!

* * * * *

PENULIS PALING AKTIF PEMASARAN


Haaa...yang ini Aman memang expect lah. Sebab tahun lepas 65 buah sekolah Aman telah jelajah, agak banyak tu! Namun, jelajah ke sekolah-sekolah pun bukannya jual buku sendiri sahaja, pasarkan juga karya rakan-rakan penulis dan pekomik yang lain. Sama-sama berjaya, sama-sama industri buku di Malaysia dapat berkembang ye dok.

Cuma yang Aman tak expect, apabila diberi 2 gram emas sebagai hadiah. Wah! Wah! Boleh lah simpan. Mana tahu nanti boleh juga laburkan.Hehe! Tahun ini Aman telah jelajah 49 buah sekolah (setakat entry ini sedang ditaip) dan insyaAllah akan bertambah. Tahun ini juga ramai penulis BLINK sudah aktif ke sekolah dan akan datang ada maskot lagi. Maskot Robita! Yeay!



Atas ini ialah gambar ketika Malam Royalti BLINK tahun lepas. Pertama kali dapat award Penulis Paling Aktif Pemasaran. Masa ni Aman dapat duit RM300 untuk membeli jam (jam pink lagi! hoho) dan dapat trofi tangan pegang mic buat peace (tabung The Voice sebenarnya. haha!) which is irony sebab tangan peace itu maksudnya AMAN, Aman memang pegang microfon jika bagi talk di sekolah, dan Aman memang menyanyi ketika bagi talk. Yup, i sing. Deal with it!

* * * * *

Apapun, Aman harap malam royalti ini akan jadi tradisi BLINK. Maybe akan datang boleh buat betul2 gah ala-ala Grammy Award. Eceh~!!

Tapi tak mustahil bukan?

^______^

-out-

Friday, July 3, 2015

Birthday Berhantu

Umur sudah 27.

Ah, entah kenapa setiap kali besday datang, Aman pasti akan persoalkan diri "Apa perbezaan diri kau berbanding tahun lepas?"

Perbezaan? Hanya kurus 1 kg. Itupun sebab puasa. haha!

Walau apapun, besday Aman tahun ini memang tidak tenang dibuatnya. Manakan tidak, tahun ini juga Aman berjinak-jinak untuk menulis novel. Di saat semua rakan sebaya ada baby manusia, Aman hanya menambah baby karya je. Hihi.

Nak dijadikan cerita, tup tup deadline yang diberi adalah pada hari jadi Aman sendiri. 1 Julai 2015.

Nak dijadikan konflik pula, Aman tak siap tulis pada tarikh tu.

Haaa... tak kemain cuak diri ni menaip pantas! Dari sahur hingga ke sahur esok harinya asyik duk menaip cerita.

Alhamdulillah! Setelah diberi extra 24 jam, Aman dapat juga siapkan novel sulung Aman ini!! Weeee~!! Aman diberikan peluang untuk menulis cerita seram. Hah! Memang faveret!

Aman mula meminati novel dengan membaca karya-karya Darren Shan yang dikenali sebagai penulis novel horror nombor 1~!! Dari dulu lagi Aman memang mahu hasilkan cerita seram-seram, ganas-ganas seperti Darren ini. Walaupun novelnya agak ganas, tetapi tetap ada value, humor dan mesej yang buatkan Aman berfikir.

Itu yag Aman suka dnegan karya Darren Shan. Itu yang Aman jadikan dia sebagai salah seorang idola dalam dunia penulisan.


Oh, ironinya! Besday Aman jatuh pada 1 Julai. Aman submit novel (dan bergelar penulis seram) pada hari berikutnya iaitu 2 Julai. Dimana itu adalah besday Darren Shan! Weeee~!

Sudahlah kami ini sama-sama Abang Tembam, sama-sama juga menulis cerita seram!

Hehehe!

Aman berharap, moment ini adalah detik permulaan untuk karier Aman sebagai penulis pula dalam industri buku di Malaysia ini. Seronok juga mencuba sesuatu yang baru setiap kali.

Doakan Aman sukses ya!

-out-

p/s-- Di atas itu adalah kaver mockup sahaja. Tajuk novel? Biarlah rahsia buat sementara.. hihihi

Saturday, June 13, 2015

KAFE KHENIT kini dibuka!


Sudah lama tidak melukis untuk majalah komik. Paling akhir ialah pada tahun 2012. Masa tu Aman melukis komik LABUBULA untuk majalah G3. Namun oleh sebab kesalahan Aman, komik itu tak sempat habis pun di dalam majalah tu.

Bulan lepas, Aman tiba-tiba dapat 1 mesej dari editor majalah The Amazing Awang Khenit ni. Bertanyakan tentang peluang untuk melukis dalam majalah mereka yang masih baru. Peh! Memang 1 peluang yang best! Lagipun, siapa je yang tak pernah tengok animasi Awang Khenit kan? Animasi yang cukup lawak sama macam baca APO atau Ujang!

Cuma pada awalnya Aman ragu-ragu sekejap. Takut kalau Aman buat komik bersiri, komik itu tiada ending sama seperti komik LABUBULA yang pernah Aman hasilkan dulu. Lagipula, editor minta komik yang berwarna. Aman tidak selalu kaler artwork. Jadi, takut juga kalau susah...

Akhirnya, Aman terima juga tawaran ini. Bagi Aman, Aman sudah masuk dalam industri komik sejak tahun 2009. Hampir 6 tahun dan takkan asyik mahu di tahap selamat je. Sebab itulah, Aman anggap tawaran ini adalah tawaran yang baik untuk Aman berlatih improve diri Aman untuk berkarya ke tahap atas lagi. Satu cabaran ni!

Berkenaan melukis komik bersiri, Aman akhirnya decide untuk lukis 1 siri sitcom. Iaitu siri yang tiada cliffhanger di hujung komik. Nak baca tak ikut turutan pun boleh. Aman sangat selesa dengan konsep begini. Komik apa? Haaa...oleh sebab Aman ni peminat sitcom 2 Broke Girls, kisah 2 minah bimbo yang buat kedai cupcake, jadi Aman pun buatlah komik bertajuk KAFE KHENIT!

Cumanya, watak KAFE KHENIT ini adalah tentang seorang minah yang serabut dan gila-gila, bekerja pula dengan seorang minah yang pendiam tapi pembersih tahap dewa dalam 1 kafe comel penuh cerita suka duka! Konfem lawak dan kiut-kiut aje ceritanya! Hihihi!

Hope korang akan suka dengan komik KAFE KHENIT ini. Nanti komen-komenlah kalau sudah baca ya. InsyaAllah Aman akan improvekan diri lagi. 


Dengan ini, Aman mengumumkan, komik KAFE KHENIT....

......kini dibuka!

Selamat membaca!

-out-

Sunday, March 29, 2015

5 Nomik Siap dan Lengkap!

AKHIRNYA~!!

SIAP SUDAH! LENGKAP SUDAH! BEBAS SUDAH!


Pagi tadi selepas Subuh, siap juga kerja-kerja editing layout untuk nomik Lawak Sekolah #5: Belajar Survival kali ini! Yeay~!!!

Dengan ini, Aman telah berjaya melengkapkan siri Lawak Sekolah musim pertama ini. Ya, Lawak Sekolah hanya akan ada 5 buku sahaja!

5 BUKU SAHAJA!

Selepas ini, Aman bebas untuk hasilkan siri nomik yang berlainan. Dalam kepala memang dah banyak cerita yang tersedia. Kalau boleh, nak kenalkan sekelompok watak-watak baru.

Namun, Aman rasa agak sayang untuk tinggalkan 5 watak Lawak Sekolah (Robita, Bard, Nera, Noru, Faezah) serta merta. Setelah 4 tahun bersama-sama... Sayang juga pada mereka ini. Huhuhu!

Jadi, Aman sudah decide untuk hasilkan siri Lawak Sekolah (season 2). Watak-watak yang sama tetapi dengan konflik yang lebih hebat dan tambahan watak-watak baru yang lebih kelakar! InsyaAllah, siri terbaru ini bakal membuatkan pembaca Lawak Sekolah semakin suka dengan setiap watak-watak!



Doakan yang terbaik untuk Aman dan siri nomik BLINK ya!

Terima kasih kerana bersama Aman selama 4 tahun ini.

4 TAHUN. 5 NOMIK. 1 KISAH.

Lawak Sekolah (season 2)
Here I come!

-out-