Sunday, January 25, 2009

Anchor Women

anyway,seperti yg dijanjikan..
ni ialah isi kandungan komik mini aman, Anchor Women yg di adaptasikan dari drama jepun suatu ketika dulu. Yup,pada peminat cerita tersebut, mmg terlalu byk perubahan dlm komk ni kerana aman sendiri x tgk episod awal. jadi, hanya minta tolong kawan2 ceritakan dan ditokok tambah sket. huhu..

so, sesilalah jenguk (klik utk fullsize) dan kritik sehabis mungkin... karya awalan...
Aman Wan Junior...





















-thanks-
out

Saturday, January 24, 2009

ECOIST music video


hahaha~
neway,akhirnya,tamat juga projek group kitorg (AAD). skang ni masing2 dah dapat projek individu based on majoring masing2. aman macam biasa, projek interior, kali ni kena design Fashion Boutique yg sitenyer di KLCC. huhu.. boleh ku melencongggg~

ok2,x nak ckp pasal projek baru. sebenarnya, projek lama ni, kitorg kena buat ala2 kempen CINTAI BUMI KITA dan setiap group kena ada issue masing2. Group aman, ECOIST pilih isu Towards Zero Waste dan kitorg design poster, baju, dan product2 recycle yg bertemakan beg~ yosh~!

sepanjang masa projek tu, mmg fun. rasanya ni ialah projek yg lansung x tension dan relax. anyway,thanks pada teammates aman yg byk memberi 200% tenaga korang, idea dan kerjasama. sebagai penghargaan, segala penat lelah, suka duka, aman himpunkan dalam sebuah video... enjoy..





-thankx Bunta, KD, Kak Yani, dan Kak Raihan coz sporting utk buat MV nih.. huhu..layaaann~
-oh,begitu jugak kat bebudak studio, lecterur2 yg secara x lansung membantu kitorg. =)
-dan ya,SHAZU itu aku. wahahahaha~

Wednesday, January 7, 2009

Murung, Memori & Motivasi..


******

Haha..entry kali ni berkonsepkan 3M..
Dan ia berkenaan diri aman gak..


Well,yup.. aman skang sedang dlm masalah.. ia bukan lah masalah tentang dunia komik.. namun,ia agak memberi effect juga.. masalahnya..aman sedang berlawan dengan diri sendiri.. “diri” yang orang lain x kenal atau lebih terang sebagai “diri” sebenar… entahlah.. aman bukan jenis yang suka menunjukkan pada orang bila ada masalah.. lebih2, wajah muram dan masam memang x sesuai dgn diri aman sendiri..haha..

Tapi..kadang2 sedikit sebanyak.. bila sudah tak tertampung. Orang akan perasan jugak.. tapi ada ke… mmm.. masalah ni maybe kecik bagi sesetgh orang.. tapi agak berat untuk aman.. bukan niat aman untuk tak berkongsi dgn org atau kawan2.. tapi..maybe lebih baik untuk aman “fight” alone..


"we can just try, if we fail, try again..”


ayat yang simple dari seorang lecterur.. namun agak mendalam maksudnya.. manusia hanya mampu mencuba.. gagal..dan cuba lagi.. mungkin kadang kita terfikir..sia2 saja usaha kita.. tapi,percayalah.. yang di atas sana.. sedang memerhatikan setiap percubaan kita.. sedang melihat setiap kegagalan kita.. dan sedikit pun,pandanganNya takkan beralih.. walau seburuk mana kita.. Cuma manusia, manusia kadang2 leka.. bersedih dan putus asa.. sedangkan Dia masih melihat, menanti percubaan kita seterusnya.. dan seterusnya..

Ya... masa untuk aku kembali mencuba..
Lagi, lagi..dan lagi..


******



Sedang aman membelek2 almari dan rak buku, aman ternampak komik mini yang aman pernah hasilkan semasa tingkatan 1 dulu.. haha.. hanya komik adaptasi dari filem jepun pertama yang aman tengok.


Kualiti komik ni pun agak teruk.. hahaha,dahla pakai pen biru, pastu gunting2 artblok utk wat ala2 macam buku..haha. anyway,ini adalah artwork terlama yang aman pernah simpan.. dan jugak sumber motivasi diri aman..


Setiap kali aman tengok dan baca komik kecil ni.. aman akan teringat.. muka tersenyum kawan2 yang membaca.. diorang gelak.. kata komik ni kelakar.. even komik ni buruk, kecik, buatan tangan jer.. diorg tetap gelak.. bagi aman, diorg sudah membayar lebih dari wang ringgit.. aman puas..


Komik ni aman jaga sebaiknya.. ini ialah komik seorang budak 13 tahun yang ketika itu tidak mempunyai kawan yang ramai.. budak 13 tahun, yang begitu tinggi cita2nya pada komik.. budak 13 tahun, yang cuba sebaik mungkin,untuk jadi yang terbaik..


kadang2.. aman terfikir..bolehkah aku kembali menjadi seperti budak 13 tahun itu..? aku mahu jadi seperti budak itu....lagi..



******


TRIVIA

-saiz A6, ballpen biru, dan cover dibalut dgn tape ala2 water proof..
-adaptasi dari drama jepun “Anchor Woman”
-menunngu setiap petang depan tv dengan buku nota serta pen untuk mencatat setiap babak dalam drama tersebut serta dialog2 yg dirasakan menarik..
-terdapat tambahan sendiri beberapa babak
-ambil masa 14 hari untuk siap
-pernah lukis sambungan jilid ke-2 namun hilang..
-komik ke-dua yang berjaya di”buku”kan
-menjadi kebanggaan diri dulu2 hingga kini....hehe



-out-


-Err..aku x sepatutnya campur hal peribadi dalam blog ni..err...maaf..
-pasti ada tertanya2 tentang video comic Fiesta kan..?? hahaha.. sebenarnya.. hahaha.. hahaha.. hahahahahahahahaha...~!
*runs away*

Thursday, January 1, 2009

My Babies: Tabby & Scanny !!



Yeah~! Akhirnya, aman dapat gak beli menatang dua ekor nih, Tablet PC dgn Portable Scanner~! Haha,giler best la dapat benda nih.. memang rasa nak duduk dlm bilik jer diam2..haha.



Asalnya,benda ni mmg aman ada rancang nak beli,tapi tak sangka lak boleh terbeli seawal ni. Semuanya bermula dari satu panggilan telefon dari rumate aman, Asen, yang bertanya pasal harga tablet dan scanner.. then,setahu aman, dari kata2 kawan2 internet, harga paling kurang dlm RM600.. (WACOM nyer.) oh,dia pun ckp ok2.. then,biler register semester aritu, masuk2 bilik jer,tgk2 kat meja dia da ada sebijik tablet.. pergh~! Aman tanye la,harga berapa ni?? Dia ckp RM300 jer. Ekk??? Selama ni tak tau lak ada tablet murah~! (err..x la murah pun,tp lebih murah dr sangkaan..) rupenya si Asen ni beli jenis Genius.. bukan WACOM. Wacom memang mahal, tapi, Genius pun ok gak per.. hah~! Ape lagik, minggu depannya, terus ajak family singgah lowyat and carik gak sebijik.. haha. N amik gak sebijik scanner.. (huhu..abes duet PT ku~)


Neway,x kesah la. Asalkan mmg berbaloi. SGT PUAS HATI. Huhu.. kerja2 drawing dan coloring dlm photoshop dan flash jadi senang giler dan cepat biler guna tablet nih. Scanner pun best. Takyah guna letrik, jenis portable,juz cucuk usb then dah boleh pakai. Yesh~!



Memandang Aman n Asen da cukup alat utk melukis,apa lagi, kitorg pun dah buat aktiviti mingguan. Haha..kitorg dah join satu forum ni, Pergh.com. dan kat situ ada Pergh Character Redesign Battle~! Kiranya,setiap minggu diorang akan bagi satu karakter populor,dan ramai2 akan lukis ikut cara masing2. mmg fun tgk macam2 art yg unik n kelakar. Hahaha..



So,minggu ni kena lukis karakter Gambit dari X-Men. So,Aman n Asen try utk join battle nih~! Kitorg start dr pukul 1 pagi n siap dlm pkul 6 pagi. haha..kat bawah ni hasilnya.






kiri ni aman nyer work.. simple dan minimalis.. neway,asalnya Gambit ni nak wat macho,tp ter"jambu" lak..adoi...


yang kanan ni Asen nyer.. Gambit yang lebih realistik, detail dan lebih matured dr aman nyer...huhu







Yup,lain kan?? Itu yang uniknya kitorg. Coz kitorg punyai stroke, style yg berbeza tp sekepala~! hahaha. Asen lebih kepada lukisan yang lebih realistic dan coloring soft shading. Jadi,x heran lah kalau korang tgk Gambit yang dia lukis tu agak realistic dan coloring dia agak detail terutama pada otot2 muka dan badan, serta lipatan baju. sebab target dia untuk capai sehebat Hyung Tae Kim, seorang illustrator dan pereka karakter game. Aman lak lebih kepada minimalis style dan coloring teknik cell shading. Haha,tgk la Gambit yang aman lukis. 100% dari Flash,kiranya ini Digital work la. Dan target aman lak nak capai sehebat Takehito Harada, seorang illustrator dan pereka karakter game gak~!Haha,harap2 impian kitorg akan tercapai untuk jadi taiko2 cam Kim dan Haradaya. Aaamiinn~!


Anyway,Selamat Tahun Baru dan semoga tahun ni moga kita lebih berjaya x kira dalam ilmu dunia mahupun akhirat~! yeah~! hepi2 guys!


-out-




p/s--maaf! Video Comic Fiesta tertangguh lagiiiiii... errr…maybe weekend ni baru aman upload..huhu..sowi guys! >____<

Sunday, December 28, 2008

Err..hanya kata2..



Assalamualaikum,korang~!

errr..ok.. agak lama gak aman x update blog.. haha,tatau la ada pembaca ke tak.. (but im pretty sure ada org yg slalu check my blog..) neway,thanx kat korg yg sudi nak jenguk2 blog nih. ^__^ neway,juz nak summarizekan apa yang aman tgh wat skang.. buat masa ni, aman baru jer seminggu register dlm semester baru.. so,agak busy coz da mula dapat projek.. apapun,kerja2 rumah ni x menghalang aman untuk buat sesuatu yg kita minatkan?

dalam masa seminggu ni gak, telah berlaku 1 kejadian yang telah mengakibatkan kematian di sebelah studio aman.. al-fatihah pada Dr.Shukri semoga roh beliau di tempatkan bersama para solehin~! aaaamiinn~

anyway,jom dengar interview dari Amer Shah kepada Aman Wan. enjoy~! >____<

Hello,aku Amer Shah. ada sket soklan untuk Aman Wan..
oh,hello Amer. awat muke ko cam familiar ek..hmmm..


Diamlah.. neway,apa progress blog ni?

oh,anyway, blog ni x lama lagi akan ada 1 slot istimewa. iaitu akan ada slot "Fiction with Muzz". dimana ada entry2 fiction yang menarik hasil karangan Muzz,my old fren~! fictions dia sgt best dan x rugi utk korg baca. so,juz tunggu je k. hehehe~!

Ok,bagaimana dengan komik??

err..buat masa ni,aman masih x reply lagi email tuan editor.. kiranya, aman masih belum hantar lagi design karakter2 tu.. aman dah siapkan sketch pencil, juz nak ingking jer.. tapi,coz aman x beli pen lukisan lagi, so, terpaksa tangguh jap.. err..harap2 tuan editor x mara...

Projek MAGME tu lak camner??
projek Magme berjalan agak lancar.. cuma kemungkinan besar ia hanya kan terbit dalam edisi tunggal.. jadi,kami masih mengumpul ramai pekomik dan penulis untuk menebalkan lagi zine Magme ni.. anyway,ia hanya terbuka pada my studiomate saja.. err..maaf..

xper2,ComicFiesta camner? best?
yup,best giler! thanx kat boboy yang sanggup drive aman ke sana. huhu,ni yg sayang boboy nih~! hahaha. neway,ramai gak kartunis2 serta kawan2 on9 yang aman jumpa. antaranya, Bro.Azhar, Alifstyle, Pac, Ayez, Aderein, Mahata, and Ryukage~! neway,sepatutnya aman kena berjumpa dengan Irfan F-one-R.. tapi x sempat lak.. sori2.. neway,juz tunggu my video pasal ComicFiesta dlm 3-4 hari dr sekarang~! (tgh edit nih...)

oh,ada wat video baru tak??
yup,ada~! aman skang tgh wat video report pasal ComicFiesta. but,sejak baru2 ni, aman ada masuk kelas Multimedia, so dpt la belajar software Adobe After Effect sket2.. haha,jadi aman pun try test uji pandu jap.. tgk la.. video bodoh2 jer.. jgn expect lebih haaa~





memang bodoh pun... neway,kata2 terakhir..

errr....ok,kata2 akhir, aman nak minta maaf pada setiap yang telah aman susahkan.. err.. so,blog ni masih aktif jadi, teruskan follow ek.. haha..

pergh..habis pon.. entry ni lansung xde kena mengena pasal Comics n Career lansung...

errr..ada la! sket...


DAH2...
yela2...babai..


-out-

Thursday, December 18, 2008

Reply & Maria~!



ahhh~!
sudah lama cerita tentang penerbitan komik aman tergendala, kini ia bermula semula!!
yeah! berdasarkan post2 yang lepas.. setelah mengalami kebuntuan dlm menghasilkan design karakter2 baru, aman akhirnya berjaya juga siapkan dan kat atas ni lah yg aman hantar aritu.

so,amacam?
setelah beberapa ketika, masih tiada jawapan dr tuan editor, saudara Wan Zuhairi (wanzu). jadi,aman masa tu ntah kenapa gelojoh sgt terus hantar emel bertanyakan jawapan pada proposal tersebut.. dan beliau membalas..



Salam Aman,
Maaf ye lewat balas emel. Lukisan Aman itu saya tunjukkan juga kepada En. ROdin, seorang lagi editor Komik-M. Saya tunggu dia komen then saya reply emel Aman. Petang-petang nanti kot saya reply. Terima kasih.


selepas aman mendapat emel ni,aman rasa serba salah pulak.. sebab seolah2 aman terlalu mendesak dan menggangu tuan editor bertugas.. sedangkan aman tahu dia sedang busy skarang.. aduh..minta maaf sgt2! err.. dan seperti yang dijanjikan,selepas beberapa jam, saudara wanzu memberi emel kedua pula..


Assalamualaikum Saudara Aman,
Maaf kerana lewat memberi respons.
Overall, karakter-karakter yang Aman tampilkan menarik dan comel. Cuma masih belum nampak dalam bentuk komik lagi. Mungkin Aman perlu detailkan di beberapa bahagian setiap karakter seperti jari-jari dan bahagian kaki. Untuk lebih memudahkan, lebih baik Aman lukis satu karakter secara berasingan. Satu karakter satu a4. Kemudian kita detailkan satu persatu. Contohnya macam En. Shah, pakaiannya tidak menampakkan sangat dia seorang melayu. Mungkin boleh pakaikan dia kot atau pakaian kemeja biasa kerana manager sarkis malaysia pun berpakaian biasa sahaja. Karakter-karakter yang lain secara kasarnya sudah okey. Cuma watak Maria itu, boleh tak kalau jadikannya bertudung? Di PTS, bos agak strict sikit dalam hal-hal aurat ini. Lebih-lebih lagi Maria itu watak utama. Apa pandangan Aman?
Rasanya konsep komik Aman ni dah ok dah. Cuma nak kena test masuk dalam komik pula untuk uji sama ada okey ataupun tidak. Saya lihat di pergh.com Aman ada post dua tiga sample komik? Dah ada ek? Kalau ada boleh la share.
Terima kasih Aman.


haaa~ dari jawapan yg diberi.. seperti biasa, masa untuk berkerja semula! yeah! haha.
yup,mmg aman kena redesign balik..eh..eh.. bukan2.. kena perbanyakan design lagi.. tapi aman kena tukar pemakaian karakter utama iaitu Maria menjadi lebih islamic. neway, aman x terkejut sgt bila saudara wanzu mintak aman pakaikan tudung pada Maria sebab sebelom2 ni, aman byk membelek2 blog2 PTS, so, aman tgk PTS mmg mengutamakan keislaman dlm karya.. so,aman sebenarnya dah prepare sketches2 Maria bertudung. ala2 Beinda pulak. hahaha..

mungkin ada yang merasakan aman mungkin rasa letih asyik2 kena tukar design.. TAKDE ar. haha,aman sebenarnya enjoy dengan proses yang aman tgh hadapi ni. Org kata,inilah proses dlm mematangkan hidup. betul tak? malah,aman sonok sebab aman design benda yang aman suka. yea! lagipun,kalau nak dibandingkan dengan time aman buat projek studio semester 2 tahun lalu.. lagi perit wooo~! hanya bebdk studio jer tahu berapa KALI dan berapa BYK kami kena re-do..! bukan sketches, bukan A4, tapi FINISHWORK and saiz 90cm X 90cm..!! haaa~! lagi perit wooo... >_< setakat ni,aman masih boleh handle lagi dengan keadaan aman. apepun,mana ada org berjaya dgn sekali harungkan.. (ada tu ada..tp sket ar..) bak kata orang,kalau mahukan sesuatu,berusaha dan jangan putus asa padanya! hehe,anyway,skang aman dah isi "bateri" dah! masa untuk kembali cerdas! yeah!! wish me luck guys! -out- -nasib baik saudara wanzu kata "no hard feeling" err..lega..
-irfan, jom mula bekerja keras!! yeah!

Tuesday, December 16, 2008

Taggy Thingy

Anyway,maafkan daku kerana sebelum2 ni,tidak sempat utk membuat tag yg anda tagkan pada ku.. nah,ni dah siap pon..hehe... dibawah ni,ialah tag daripada Aiman, Boboy dan Adledash..

1)Do you think you're hot?
ha'ah,kenapa? ada masalah ke?..........(nayyy...gurau
je....)

2)Upload your favourite picture of you!

3)Why do you like that picture?
walaupun muka dan penampilan ku agak serabai, namun hari tersebut memberi sejuta makna dlm hidupku~

4)When was the last time you ate pizza?
oh, malam besday saya yg ke 20. makan dgn famili kat nilai.

5)The last song you listened to?
i'll never go-eric santos (lagu yg bakal menjadi lagu tema shortfilm ku~)

6)What are you doing right now besides this?
conteng2 kertas dan membaca blog org len...

7)What name would you prefer besides yours?
dah tentunya Aman Wan. (ramai org diluar sangka kan ia nama sebenar....)

I tag : (kebanyakannya pernah buat tag ini...)
1. Pagad Boboy
2. Jeehan Taiko Hingus
3. Aiman Kato'
4. Sister Adledash
5. Fa'in Garfield

8)Who is number 1?
kawan ku Boboy. seorang yang sempoi dan sgt teruja melihat video2 serta foto2 yg terpangpang wajahnya...haha

9)Number 3 is having a relationship with?
Yang Maha Esa~ aaamiin~

10)Say something about number 5?
seorang wanita yang ceria dan menarik pandangan saya tika pertama kali bertemu kerana wajahnya yang iras2 Violet dlm "Charlie & Choclate Factory"..hehe

11)How about number 4?
hohoh,seorang yang banyak memberi dorongan padaku, namun beliau sedang hadapi masalah sekarang, ku harap dpt menjadi pendorong beliau juga..sabar2~

12)Who is number 2?
sifu besar ku, mengajarku cara2 yang betul tentang lap hingus di sofa. beliaulah Taiko Hingus! Tunjuk ajarku sifu~!


* * * * * * * * * *

haa..tagg yg seterusnya ini,aku telah di tag oleh Ms.Fain.. hehe,sori kerana memngambila masa yg agak lama utk menyiapkannya.. dan tag ni byk ku jawab dgn ayat2 merapu sajer...

1) bekas kekasih saya adalah
adalah peminat barbie yg tidak mengenali siapakah tanggang. haha! =p

2) saya sedang mendengar
bunyi taipan keyboard serta batuk nenek di ruang tamu.

3) mungkin saya patut
menggunting rambut saya..err..malas lah~

4) saya suka belajar
tentang perkara2 yg saya minat terutama tentang komik!

5) sahabat baik saya adalah
anda sumer~!

6) saya tak paham
fizik, sejak dari form 4 mmg saya agak lemah dlm pelajaran ni, dgn itu menyebabkan saya menukar course dr engine ke archi..hehe

7) saya kehilangan
komik, dan novel2 grafik.. weh,sape pinjam pulang balik~ waa..

8) ramai yg berkata
saya semakin tembam.. yeah! mision berjaya!

9) makna nama saya ialah
Keamanan pertama...(aman wan) haha..memandai je aku..

10) cinta tu adalah..
sebuah filem tempatan arahan Khabir Bhatia.

11) di suatu tempat
patinya berpenghuni mahupun berpenunggu~

12) saya akan cuba
melukis komik 1 page 1 hari...erk..boleh ker..?

13) makna SELAMANYA ialah
forever...rujuk dlm kamus ni,dia ckp cmtu...

14) henpon saya...
pernah hilang dicuri dan kedua2 henpon saya itu adalah pemberian emak..haha

15) saya paling meluat
dengan org yang suka judge org (dlm aspek memburukkan org tersebut) tanpa mengenali diri orang itu yg sebenar.. kata2 ini mendapat sokongan dari Shrek..

16) bila saya bangun dr tidur
carik henpon yang terkepit bawah bantal utk tgk jam sudah pukul braper...

17) party adalah
sesuatu yg best dan meriah jika tidak melampaui batasnya..

18) haiwan yg paling cute
singa dan harimau.

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
sekarang,sebab saya dapat menikmati dan merancang sendiri perjalanan hidup saya bersama2 org2 yg saya sayang...

20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
terbangun lambat! sian nenek buat air kopi sendri..

21) mlm ini saya akan cuba
menyiapkan storyboard komik serta skrip shortfilm utk studio saya..hehe

22) saya btl2 inginkan
kejayaan di dunia dan akhirat kepada ibubapa serta keluarga saya...termasuk saya gak ar..

23) bila tgk muka kt cermin pg td
betul2 kan rambut yang serabai dan panjang..
24) shopping kompleks adalah

tempat yang tersangat best kiranya ia mempunyai kedai2 buku ternama seperti MPH mahupun POPULOR...

25) makanan segera biasanya
senang dimasak, senang nak makan, dan senang membunuh..

26) ayat2 terakhir kata pd org...
"ha'ah" jawab aman terhadap soalan neneknya yang bertanya tentang bertapa cerahnya cuaca hari ini.

27) nk pnjgkn tag ni?
takmau la..

28) mata sy
sangat bulat...org kate la.. manede,normal la ni~~



yeah! Da siap!
-OUT-