Tuesday, December 1, 2009

Aman Mengarut! #2

Cerpen ini hanya rekaan penulis kebusanan dikala subuh. (bosan2 gi ngaji la!) Tiada kaitan dengan sesiapa, kalau ada hahaha,padan muka dia. apapun, bimbingan ibu bapa diperlukan untuk kanak berumur 13-18 tahun. Sekian, enjoy~

*****

TAP! TAP! TAP!

Aku khusyuk menaip papan kunci komputer riba jenama ACER ni. Sambil2 tu, aku melayari internet dan buka ym untuk sebarang informasi dari kawan-kawan cyber mahupun berita lanjut semasa. Sedang sibuk menatap skrin, kakak aku keluar dari bilik dan melintas di depan aku.

Aku cuma menjeling. Kakak turut membalas jelingan aku. Ceh, main balas2 jeling pula. Aku menjeling lagi. Tak mahu kalah. Dia balas lagi. Aku jeling lagi! Dia balas! Jeling lagi! Dia balas! Dan keadaan ni berterusan sehingga 37 minit.

“Man, ada Eye-Mo tak?” kakak mula bersuara. Di kepala ku juga terlintas objek yang sama. Mata kami sedikit bengkak akibat berbalas jelingan tadi. Aku bingkas bangun dan mencari2 ubat mata Eye-Mo di dalam peti sejuk. Kakak pula terus duduk di kerusi ku dan menatap skrin komputer riba aku.

“Kau taip apa ni man? Lucah semacam je akak tengok.”

“Cerpen Sahabat Handai Kiki, apa lucahnya pulak?!” balas aku. Bongok punya kakak.

“oh,cerpen ker... Eh, akak nak tengok facebook akak jap ye.” Kakak terus melayari laman web facebook, lalu menekan2 papan kekunci menaip alamat emelnya.

Anakku_bodoh@yaho.....

Dia memadam kembali alamat emel tersebut. “Tersilap pula. Ini alamat emel ibu.” Bisik akak lalu tersenyum. Dia menaip alamat emel yang sepatutnya.

Aku masih mencari2 ubat mata Eye-Mo, tapi memandangkan mata kami sudah sembuh, aku terus mengambil jus untuk minum.

“akak nak apa2 tak?” aku bertanya pada akak yang khusyuk bermain Pet Society. Setitik demi setitik peluh menitik di dahi kakak. Sudah pasti game itu memberi cabaran yang besar baginya. “susah betul nak naik level!” akak ku mengomel.

Aku terus ke meja makan. Tiba2 akak ku bersuara. “Man, akak nak jugak jus...”

Aku terus bangkit ke peti sejuk semula mengambil jus. Lalu aku ke meja semula untuk
memberikan pada akak.

“...dan keropok ikan.” Sambung akak ku kepada permintaannya 3 minit tadi.

Aku bangkit semula ke peti sejuk dan mengambil keropok yang diminta dan menghulurkannya pada akak di meja ma...

“oh,dengan sos cili.” Sambung akak lagi.

Lahanat.

*****

-out-

9 comments:

Kaydee said...

hahaha... ni mesti sebab aman nak sangat ada kakak ni.. sampai leh wat cite ni...

teruskan kesengalan! hehee~

Irfan F-one-R said...

hahahah.. aku paling suke part anakku bodoh tuh.. hahaha!!

giler ar berbakat gak kau man jadi tukang karut.. respek!!

nak lagi nak lagi nak lagi~

Aman Wan said...

kaydee- err..asalnya watak kakak tu aku taip nenek. tapi tukar watak. rasa kejam pulak. hahaha. klu letak kakak, xde org terasa. haha,kakak aku pun x kisah. =p


irfan- haha,kalau la btol ada ibu buat emel cmtu.. huhu.. eh2,aku masih amatur lagi. huhu. hah, cmni boleh gak tiru azam alif, sehari 1 cerita karut. =p

QiB said...

salam~
sengal tul lar citer ko aman~
daku dh nak takat tcabut kepala gelak depan pc nih.
biler tgk pkataan 'akak' tuh, rasa plik gak, aman ader akak ker?
pkataan paling last tuh kegemaran daku, lama x dengar~~
(aman bleh jadik org mlake ler)

neway, keep on writing, memang bagus~~
daku memang suka baca blog2 yg bleh wat daku gelak.
benda2 kecik pon bleh bwat daku gelak (kejap jer la..).

Aman Wan said...

huhu,xde akak pon, rekaan semata2. huhu. oh, sebenarnya perkataan last tu aman letak mencarut2 sket, tapi tukar dgn "Lahanat". huhu,rasa cm x best lak ada carut marut dalam blog suci nih. =p

hahaha~! neway, thanx sbb sudi baca~ huhu

f a z l i n a said...

seyes .. klakorr lah ..
cr eye mo dlm peti sejuk??? fikir 50 mint ,,, hhahaha
teruskannn k abg aman !!

Fiziey said...

Seriously, cerpen ni sangat kelakar! gelak x henti 5 minit terutama part jeling2, email ibu dengan lahanat tu! best! nak share kat fb boleh x? ^^

Unknown said...

curry 3 shoes
adidas outlet
air jordan
prada sunglasses
http://www.kobebasketballshoes.us.com
lebron james shoes
lebron shoes
adidas online shop
true religion jeans
michael kors outlet

ahmed said...

النمل الأبيض هو detricivores ، أو مغذيات detritus. تتغذى على النباتات الميتة والأشجار. النمل الاستحواذ على المواد المغذية من السليلوز ، وهو الأنسجة العضوية المتواجدة في الخشب والمواد النباتية. يشكل الخشب أغلبية الحمية الغذائية ، بصرف النظر عن أن النمل الأبيض يتناول أيضًا موادًا أخرى مثل الورق والبلاستيك والجدران الجافة . أغلب الأشكال تفضل الخشب الميت ، ولكن بعض النمل الأبيض يتغذى على الأشجار الحية.
شركة مكافحة حشرات