Friday, January 20, 2012

Kisah Liga Pendekar & Pembeli Kanak2

Siapa je yang tak kenal Hang Tuah? Orang Minyak? Nenek Kebayan? Badang? Si Tanggang? Malim Deman? Sang Kelembai? dan Awang Kenit? Kesemuanya ialah watak2 hikayat melayu yang sangat femes! Lebih2, kalau kesemua watak ini digabungkan dalam 1 cerita pahlawan! Idea superb kot!

Ini lah yang dapat di baca dalam komik Liga Pendekar keluaran Komik-M! Antara komik terawal ketika penubuhan Komik-M dan juga merupakan komik pertama yang menangkap perhatian Aman ketika di Suncomic suatu ketika dahulu, seterusnya buatkan Aman mengenali Komik-M.

Jalan cerita gabungan watak2 hero ini bersatu dengan kelebihan dan kuasa masing2 menentang geng2 jin memang sangat stylo! Antara komik yang Aman sangat tunggu sambungannya! Tapi semalam, Aman dapat berita buruk dari Facebook pelukis komik Liga Pendekar ini, Tuan Azhar Abdullah.

Yup, sambungannya terpaksa di KIV dulu kerana komik pertama Liga Pendekar ini tidak mendapat sambutan pasaran yang menggalakkan. Aman serius kecewa gak. Sebab ceritanya sangat2 terbaik! Mungkin kerana stroke lukisan Tuan Azhar sedikit heavy (yang sesuai dengan pembaca dewasa) menyebabkan pembeli yang majoritinya kanak2 tak memberi peluang.

Yup, beri peluang. Kelmarin, ketika Aman join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di SK Bandar Seri Putri, Aman dapat lihat dimana kesemua Komik-M laku habis! Dan komik Liga Pendekar memang antara yang slow jualannya. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi mungkin pelajar2 sekolah kebanyakan mencari komik2 yang ala2 seperti manga jepun. Itu gaya yang mereka sudah biasa baca. Dan ini menyebabkan mereka menilai komik Liga Pendekar dengan sekali pandang. Jadi tiada peluang untuk mereka tahu yang komik itu sangat menarik jalan ceritanya.

Kenapa Aman cakap camtu? Sebab Aman kemudiannya buat uji kaji. Aman ambil 1 naskah komik Liga Pendekar, dan Aman mula bercerita camni, "Korang, cuba baca komik ni! Dalam ni ada Hang Tuah, ada Badang yang kuat tu, ada Tanggang yang derhaka tu, lepas tu diorang jadi geng!! Diorang ada kuasa2 lawan dengan hantu!"

Dan surprisingly, mereka memang kenal dengan watak2 hikayat tu! (ini ialah USP dan kelebihan komik Liga Pendekar ni) Mereka siap tanya lagi, sambil tunjuk ke watak2 lain di kaver komik tersebut, "Yang ni siapa Acik? Yang ni? Pompuan ni? Kuasa dia apa?" Dan untung lah Aman dah baca komik ni, jadi Aman boleh kenalkan watak2 tu. Dan bila terdengar je nama2 watak yang mereka kenal, terus mereka hulur RM10. "Acik, saya beli la!" dan diikuti beberapa orang pelajar lagi. Dan komik itu terus habis dijual!

Apa yang Aman nak cerita ni, bukannya nak riak sebab berjaya jadi salesman sementara bernama "Acik" (aku kawen pun belum la adik2 oi..huhu..) tapi ialah respon kanak2 pada cerita komik tu. Mereka sememangnya suka ceritanya, JIKA diberi peluang untuk mereka kenal tentang isinya. Apapun, bagi Aman, ia berbalik kepada bagaimana komik itu dipromosikan.

Memang kita tak boleh nak explain kepada setiap sorang pembeli, jadi itu datangnya kreativiti bagaimana untuk buatkan produk kita dikenali. Apapun, Aman sangat berharap green light untuk penyambungan komik Liga Pendekar ini akan dapat diteruskan secepat mungkin. Bertabahlah Tuan Azhar!

-out-

p/s-- siri Aviasi Fantasi juga faveret aman! Tapi ia juga terpaksa di KIV sambungannya..huhuhuh.. ngapainnnn??? TT__TT

16 comments:

artzam said...

Yup..aku sangat setuju,agak terkilan gak dpt berita ttg LP tdk disambung..sebenarnya karya tuan azhar mempunyai stail yg tersendiri,gaya cerita pun hebat gak!! sepatutnya penerbit tidak perlu mengikutkan sangat kehendak pasaran & keuntungan semata-mata..kita perlu letakkan komik malaysia ni satu tahap yang tersendiri..Bersama-sama kita Memartabatkan Komik Malaysia!!..

Aman Wan said...

Yup2, komik Liga Pendekar memang best! erutama bila scene fight! Hebat! Tapi dalam perkara ni, tak boleh nak salahkan penerbit jugak, sebab mereka juga sudah jalankan tanggungjawab dan keuntungan juga penting untuk mereka teruskan memperjuangkan dengan menerbit komik2 yang lain.

Apapun, bagi Aman, keduanya kena bekerjasama untuk menghasilkan promosi yang berkesan untuk melariskan jualan Liga Pendekar. =)

Night Aves said...

Aku rasa jualan Komik Liga Pendekar itu lembap mungkin

Strategi marketingnya tidak kena, kerana komik Liga Pendekar itu memang lebih ke arah dewasa dengan stroke En. Azhar yang heavy. Untuk meningkatkan hasil jualan komik-komik yang sebegini, Aku mencadangkan supaya Komik-M mengasingkan genre-genre komik itu sendiri. Sebagai contoh, dewasa,kanak-kanak dan umum. Kemudian lakukan strategi marketing yang bersesuaian dengan genre tersebut. Sama seperti novel.

Mana boleh strategi pasaran untuk komik kanak-kanak digunakan untuk komik dewasa, kerana tahap intelektual kedua-dua individu jauh berbeza.

Sekadar cadangan. Ada yang lebih bernas?

Aku pun suka Liga Pendekar tu. Agak kecewa gak dengar kata kena KIV.

jeff said...

Buatla Liga Pendekar versi comel punya.Yang nampak fun dan happy macam boboiboy dan bola kampung.

Unknown said...

sebanrnya.. bagi aku tak kesah.. cuma pihak penerbit terlalu takut.. nak semua art yang comel..
tapi perlulah ikut juga pelukis.. pelukis veteran.. tak minat lukis comel2.. ikut jiwa dia..
so, tiada penerbitan yang berani take risk.. untuk dptkan pembaca dlm kalangan umur remaja dan tua.. sdgkan bagi aku.. Liga Pendekar adalah komik yang baik segi kualiti lukisannya.. dan masalah PTS memandang yang comel, kebudak-budakan.. walhal.. kalau target kepada remaja dan dewasa.. mereka lebih byk duit untuk membeli majalah.. kalau nak dibandingkan dgn kanak-kanak.

just an opinion.

amin said...

Saya ada buat review tentan Pendekar Melayu Terakhir di blog saya.. Jemput baca ye.
-www.aominecchi.blogspot.com-

xjd7410@gmail.com said...

20151010 junmda
michael kors outlet
ugg outlet store
Coach Factory Outlet Private Sale
michael kors handbags
Ugg Boots,Ugg Boots Outlet,Ugg Outlet,Cheap Uggs,Uggs On Sale,Ugg Boots Clearance,Uggs For Women
louis vuitton outlet
Louis Vuitton Bags On Sale
air max 95,nike golf,nike janoski,air max 1,nike canada,nike plus,nike shox,nike factory store
ugg boots
cheap uggs
Coach Factory Outlet Private Sale
ugg boots sale
coach outlet
Louboutin Red Bottoms Shoes Outlet
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
Louis Vuitton Bags On Sale
Michael Kors Outlet Sale Clearance
Abercrombie & Fitch Factory Outlet
ugg boots australia
Lebron James Basketball Shoes Sale
coach factory outlet
michael kors bags
ugg boots sale
tory burch outlet
Gucci Outlet Online Sale
michael kors handbag
air max 90
Michael Kors Outlet Online Mall
timberland boots for women
coach outlet online

Unknown said...

nike outlet store
michael kors handbags outlet
oakley sunglasses sale
gucci outlet online
cheap oakley sunglasses
tiffany jewelry
oakley sunglasses wholesale
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
canada goose jackets
20170109lck

Unknown said...

steelers jerseys
michael kors handbags sale
michael kors outlet
hugo boss
ghd hair straighteners
chargers jerseys
michael kors handbags
nike trainers uk
nike huarache
packers jerseys

raybanoutlet001 said...

moncler jackets
canada goose outlet
tn pas cher
nike outlet store
salomon
canada goose outlet
reebok
michael kors handbags
coach outlet
adidas yeezy
zzzzz2018.5.2

SSSSSS said...

adidas outlet
michael kors handbags sale
golden goose
stephen curry shoes
yeezy boost
nike roshe one
moncler jackets
vapormax
kevin durant shoes
lebron 13

5689 said...

zzzzz2018.10.25
pandora charms
ugg outlet
true religion jeans
ray ban sunglasses
canada goose outlet

coach outlet online
coach outlet
true religion
pandora outlet

yanmaneee said...

kobe 9
adidas outlet online
mbt shoes online
cat boots
coach outlet sale
jordan retro 6
mbt shoes
adidas yeezy boost
baseball jerseys
cheap nfl jerseys

SeoMaster789 said...

this is really nice to read..informative post is very good to read..thanks a lot! 카지노사이트

메이저토토 said...

You have really shared a informative and interesting blog post with people.. 메이저토토

오피 op-best.com said...


I saw your post well.
All posts are informative.
I will come in frequently and subscribe to informative posts
Check this out.강남오피