Friday, March 27, 2015

Kekal atau Tukar Tajuk?


Aman sentiasa berharap dapat kembangkan watak-watak dalam nomik Lawak Sekolah ni. Terutama sekali mereka berlima. Sekarang ini, Aman sudah lengkapkan 1 siri Lawak Sekolah (edisi BELAJAR). InsyaAllah akan ada banyak lagi nomik akan Aman hasilkan.


Aman sendiri sudah ada cerita-cerita spin-off dan kisah silam tentang mereka berlima yang mahu Aman jadikan siri nomik juga. Tetapi, sekarang Aman agak confuse samada mahu kekal gunakan tajuk LAWAK SEKOLAH atau tidak. Contohnya:

Aman ingin hasilkan siri nomik tentang Noru dan Kelab Melukis. Adakah better kalau Aman buat tajuk...

Lawak Sekolah 1: Kelab Melukis!
Lawak Sekolah 2: Komik terbuang?
Lawak Sekolah 3: Kembali bersatu!

ataupun,

Kelab Melukis 1: Catatan Pertama!
Kelab Melukis 2: Komik Terbuang?
Kelab Melukis 3: Kembali bersatu!

Sekarang masih keliru. InsyaAllah siri nomik tentang mereka berlima ini akan dihasilkan. Pada masa itu, tengok sahajalah, samada siri-siri itu masih kekal dengan jenama LAWAK SEKOLAH, atau setiap siri mempunyai nama yang berlainan.

-out-

8 comments:

Mirwan Choky said...

Ubah tajuk ke tak, yg penting content dia best. Kan... :)

Aman Wan said...

Mirwan -- InsyaAllah content akan best!! Hehe!

AtiqAziz said...

Kelab Melukis mungkin lebih ok, sebab komik tu akan jadi trademark untuk Noru. Pembaca boleh tahu komik itu khas untuk cerita2 Noru.

Lawak Sekolah pula pembaca lebih fokus kepada Robita.

=)

Aman Wan said...

Atiq -- Yup2, Aman suka juga kalau ada tajuk yang lebih khusus untuk setiap siri. Cuma, dari aspek branding diri, "AmanWan pelukis Lawak Sekolah" lebih seronok berbanding "AmanWan pelukis komik." Kan? Ke camne? haha

AtiqAziz said...

Wah! Dah nak dekat sebulan baru saya balas.

Kalau ikutkan branding diri, amat sesuai "AmanWan Pelukis Lawak Sekolah". Bagi saya itu satu cara untuk tarik pembaca baru yang masih belum tahu kewujudan Lawak Sekolah untuk membacanya.

Lagi pula, Lawak Sekolah adalah produk yang menaikkan nama AmanWan sebagai pelukis komik berbanding semasa melukis di G3 dahulu. Bukan kata langsung tak dikenali, tetapi tak cukup kuat untuk mengangkat nama AmanWan.

Sebut saja Akira Toriyama, orang dah kenal dia pelukis Dragon Ball. Sebut saja Fujiko Fujio dah kenal Doraemon. Sebut saja Atiq Aziz... (mmm~ lupakan!)

Jadi sama juga dengan bila orang sebut nama AmanWan. Orang akan terus terfikirkan Lawak Sekolah.

Sekian, syarahan namblas minit saya melalui taipan.

chenmeinv0 said...

nike huarache ultra
polo ralph lauren outlet
louboutin outlet
nike air max 90
christian louboutin shoes
ed hardy clothing
nike air max 95
michael kors handbags
ray ban clubmaster
timberland boots uk
hzx20170308

Unknown said...

pandora charms sale
asics running shoes
light up shoes
yeezy boost 350
air max 2016
yeezy boost 350
atlanta falcons jersey
prada glasses
kobe shoes
hermes belts

Unknown said...

polo ralph lauren outlet
snapbacks wholesale
coach outlet
coach factory outlet
rolex replica
polo ralph lauren outlet
armani exchange
hugo boss suits
yeezy boost 350 white
fitflops sale