Wednesday, September 16, 2015

Inspirasi Baru: Jason Segel

Dulu, Aman pernah buat 1 entry tentang seorang pelakon popular yang juga merupakan seorang penulis iaitu Chris Colfer. Dia snagat memberi inspirasi buat Aman. Kini, seorang lai pelakon yang Aman respek sudah terbitkan buku juga! Yesss!!!

Jason Segel. Aman mula mengenali dia ini sejak tonton sitcom How I Met Your Mother. Watak dia dalam sitcom itu sangat-sangat best dan kemudian Aman sangat bersyukur personaliti dia diluar juga best! Dia seorang yang multi-talented. Berlakon, menyanyi, main muzik dan kini menulis buku kanak-kanak! Pehhh!! (Kalau nak ikutkan, dia just tulis skrip then ada co-author yang tuliskan novel tu)

Actually, dia terbitkan buku tahun lepas tapi Aman baru tahu sekarang. (Cis! Lambat betul kau AmanWan!) Berdasarkan review pembaca, buku bertajuk NIGHTMARES! ini mempunyai 3 elemen yang Aman suka iaitu seram, kelakar dan memberi motivasi.

Mengenali Jason melalui interview-interview di Youtube, Aman dapat rasakan dia mempunyai personaliti dan pemikiran yang Aman boleh relate dengan diri. Kalau nak ikutkan, dia ini antara ikon yang Aman rasa dekatlah. (Mungkin istilah ikon itu terlalu berat) Senang cakap, kitorang boleh sekepala. Haaa! Done!

Apapun, Aman cukup happy dengan berita ini. Kadang-kadang Aman mengeluh apabila ada banyak benda nak buat dalam satu masa, tetapi melihat mereka yang multi-talented sebegini, dan sifat positif mereka, buatkan Aman ingin berusaha lagi kuat. InsyaAllah!

Sekarang ini, Aman bersyukur kerana kerjaya Aman dalam industri buku ini semakin bercambah. Selepas menjadi pelukis, kini sedikit demi sedikit bakal menghasilkan novel seram (versi pecah2 kepala. Untuk pembaca matang eceh!) yang bakal diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa 2016. Aman cukup excited sekarang. Maybe sebagai penulis/pelukis newbie, karya Aman masih tak cukup bagus. Tetapi, bak kata Jason Segel (dalam interview di video bawah ini)....

"A lot of people are afraid to be made fun of, so they don't sit through being bad at something until they good at it." - Jason Segel


Jangan takut buat silap. Yang penting, teruskan perjuangan untuk maju ke hadapan. Amin!

-out-

***Lately Aman obsess dengan band Fall Out Boy. Dengar cerita lagi, diorang pun ada tulis buku dan novel grafik??? PehhhhhHH!!!!!

1 comment:

Artzam said...

Sebenarnya tuan adalah inspirasi saya. Saya juga mahu multitalent seperti tuan. Dari Pelukis Komik, Pengarah Shortfilm, Pelakon, Selebriti Youtuber, Blogger..dan sekarang tuan hasilkan Novel Seram pula. Soalan : Bagaimana tuan boleh berjaya sehingga kini? dan boleh tak tuan berikan tip-tip kepada mereka yang melihat tuan sebagai sumber inspirasi juga.