Friday, September 16, 2016

Cerita Kita

Sesuatu berlaku pada aku sekeluarga mingu ini. Sesuatu yang kami sudah jangka namun tetap memberi panahan pada hati kami semua. Ketika itu, aku terfikir... bertapa cepatnya keadaan berubah.

20 tahun yang lalu, aku hanyalah seorang budak berumur 8 tahun yang gembira dengan apa yang aku ada. Melukis di masa lapang, sanak saudara yang berdekatan, sepupu yang sentiasa bermain setiap petang... Apa yang aku fikirkan ketika itu adalah semoga suasana ini kekal sampai bila-bila.

20 tahun selepas itu, semuanya berubah. Semuanya masih seronok, semuanya masih bahagia, cuma ianya berubah. Ianya bukan lagi suasana budak 8 tahun yang bermain riang di kawasan taman. Ianya dunia jejaka 28 tahun yang kini berjuang terhadap impian.

Apa perasaan aku sekarnag ini ya?

Sekarang ini aku hidup dalam satu era di mana aku merasa sangat puas hati. Aku dapat capai apa yang aku nak, aku berada di track yang betul dan aku sangat gembira dengan jalan yang ada sekarang ini. Malah, sekeliling aku juga dipenuhi dengan rakan-rakan seperjuangan, ahli keluarga yang turut sama menempa nama dan memberi sokongan berterusan.

Aku mahu rasa ini kekal sampai bila-bila.

Namun adakah 20 tahun akan datang semuanya berubah lagi?

Ya, perubahan mematangkan kita. Sudah tentu. Ketika kecil, aku sentiasa gembira dengan 6 orang ahli keluarga sahaja. Emak, ayah, atuk, nenek, abang dan aku. Tidak perlu ruang bagi sesiapa lagi di dalam 6 orang ini. Fikir aku.

Namun, sekarang ini, aku ada ramai keluarga yang semakin berkembang dan juga yang dijemput tuhan. Hidup aku tidak lagi hanya ada 6 orang. Manusia ada yang datang dan pergi. Ada yang diganti dan ada yang jarang lagi diingati.

20 tahun akan datang, dimana tempat aku?

20 tahun selepas itu?

20 tahun selepas itu lagi?

Memang betullah hidup kita bagaikan buku cerita. Sebagus mana ceritanya, sehebat mana sambutannya, suatu masa dan ketika ia tetap akan tamat juga. Kemudian cerita yang lain akan mengambil alih pula. Kita hanya berharap, mereka yang membaca kekal menyimpan cerita kita di dalam hati mereka...

...selagi cerita mereka juga belum tamat dari dunia.

Semoga setiap cerita hidup aku berakhir dengan ending yang terbaik. 

InsyaAllah.

-out-

5 comments:

Mirwan Choky said...

Aman tak buat vlog lagi ker?

Aman Wan said...

MIRWAN - Insyaallah akan kembali vlog. Tunggu masa yang sesuai. :)

K.K Sg said...

Insya Allah yang sama-samalah berdoa pengakhiran kita dengan Husnul Khatimah. :)

cEro said...

Tak kira 20 tahun ataupun 20 minit, always do the best!
Good luck Aman Wan :)

Anonymous said...

Rene Russo Celebrity Profile - Check out the latest Rene Russo photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Celebrity Ping!