Friday, February 26, 2010

Aviasi Fantasi

Di forum Pergh.com, di opis PTS, dlm Berita Harian, semuanya menceritakan kehebatan siri Aviasi Fantasi jilid 1 yg dihasilkan oleh adik beradik Feeqry, iaitu Nazry dan Afiq. Aman yg selama ni cuma mendengar2 je komen org berkenaan komik Aviasi Fantasi ni. Ramai yg mengagumi dan memuji mereka ni. Aman semakin teruja nak tau, apa yg best tentang komik tu.. Setelah beberapa minggu menjadi org ketinggalan zaman, aman akhirnya dapat jugak pegang komik Aviasi Fantasi ni~!! Thanx to Feeqry sbb susah2 pos ke rumah aman. So, aman dah habis baca komik ni. dan skang masa yg dinanti2 oleh setiap pelukis dan penulis komik iaitu...feedback~!!


Utk Nazry (penulis)
Bagi aman, jalan cerita ditulis dengan sangat baik. Susunan plot pun menarik. Awal2 cerita, nazry dah berjaya attract pembaca dengan kes ribut misteri yg menyerang sebuah kapal. So, dgn ni, pembaca akan terus membaca utk tahu, apa relation ribut misteri tu dgn watak2 utama. Cuma bagi aman, cerita mendadak menjadi agak heavy bila plot bertukar ke Jepun. Well, utk aman, aman no problem sgt. Tapi bg pembaca cilik or awal remaja, mungkin fakta2 tu agak berat utk adapt. TAPI, aman suke bila semua data dan fakta yg berat ni, akhirnya di summarizekan balik oleh penulis dengan sekali imbas dan lebih mudah faham di page 109. Bagi aman, benda ni agak bijak dan penting supaya segala fakta dan informasi penting yg berkaitan tak tercicir dr pengetahuan pembaca. Bagi aman, utk pembaca menyukai cerita ni, diorg kena faham setiap cerita dan info yg penulis berikan. baru pembaca sendiri dapat rasa cemas dan pentingnya situasi yang di alami oleh watak2. Aman respek dengan Nazry, sbb nampak dia memang buat byk research utk komik ni. Jalan cerita yg lain dari komik2 Malaysia sebelum ni. Sangat2 hebat!

Utk Afiq (pelukis)
Dengan umor yg baru 16 tahun, hasil kerja bdk ni memang sgt mengagumkan! Detail setiap latar belakang, komponen kapal terbang, mmg sgt2 cool~!! Mata aman melilau dan sangat puas baca setiap page yg nampak penuh~! Aman x dapat nak komen apa tentang lukisan afiq, dia memang hebat. Aman yakin, dia akan membesar menjadi pelukis2 yg bakal terkenal di Malayisa satu hari nanti. (international juga mungkin.) Even ada orang cakap serabut, tapi bagi aman, ia serabut yg sedap mata memandang. Aman percaya kualiti lukisan afiq akan semakin meningkat. Neway, ada 1 part yg nampak janggal bagi aman. hehe. Semasa part Aidil dan Hadi masih kecik, dalam page 64, badan dan kepala diorg nampak mcm lari or x seswai?? Aman tengok muka diorg still nampak mcm muka diorg masa 16 tahun. x mcm muka budak sangat. Seolah-olah, badan diorg budak tapi berkepala dewasa.. itu je. Yg lain..mantop!!

Summary
Komik Aviasi Fantasi sebuah komik yg unik dengan gabungan lukisan yg detail hebat dan jalan cerita yg digarap dengan berhati2. Komik ni bg aman antara komik Malaysia yg boleh compete dengan komik2 luar. Aman berharap Feeqry akan teruskan siri komik ni, sebab ni salah satu komik yang bakal menjadi rujukan pelukis2 generasi akan datang. Bakal jadi komik lagenda nih~!!

Ok, ada satu benda yg agak kelakar kat sini. Ini berkenaan ahli jejaka REVgang iaitu Irfan, Feeqry dan Aman sendiri. Irfan dah ada komik solo Smash20, Feeqry dah ada Aviasi Fantasi, dan Aman dalam proses komik Hero Sekolah... hahaha,dan ada persamaan yg KETARA dalam tiga2 komik ni~!! hahaha~! (Irfan dan Feeqry mungkin x tahu sebab aman x menceritakan seluruh isi komik Hero Sekolah..)

Tapi, aman masih x konfem lagi. sebab komik Smash20 masih ada rahsia dan sejarah yg belum diceritakan. Jadi, aman xnak tulis pasal persamaan tu kat sini skang. Tunggulah bila dah konfem dengan Irfan. Kalau betul sama, nmpaknya, aman terpaksa buat sumthing.. or nak biarkan sama? hahaha~!


-out-

6 comments:

Muzakir Xynll said...

oohh~ aku tahu komik ni ade split artist/writer and aku dah expect akan ketara kelainan dia banding ngan komik yg arits and writer is the same person.

cume aku blum ade can nak belek lagi komik ni.


pinjaaaaaaaaam

Lovisa Wanderer said...

cmbest je, nk try bace lah XD

gudluck aman, nnt bile da kuar komik mu sy nk beli =D ♥

Aman Wan said...

muzz- yup2. sgt terbaek. masing2 boleh fokus kt skill masing2. neway, citer ko ble nk siap? -___-

L- yup, sy best! mesti baca! hehe. thanx, support aman n geng2 aman k. ^___^

Muzakir Xynll said...

cerita ape maksud ko? sbb aku tgh buat 3-4 skarng ni. and classes aku da start. hohoohoo

Aman Wan said...

3-4 tu cerita apa? hehe...maksud aku citer Relic hunter kte tu r... XDD

RABUN said...

kumpul duit nak beli he he...