Friday, December 2, 2011

Perihal AinMaisarah

Gambar ni diambil pada tarikh 22 Nov 2011. Merupakan tarikh yang penting juga dalam hidup Aman. Seorang penulis novel remaja tersohor, menjejakkan kaki ke rumah aman. Perasaan ni, seperti perasaan Aman mula2 berkenalan dengan geng2 pekomik Aman dulu, dimana waktu itu Aman juga seorang peminat biasa yang mengagumi mereka dari jauh.

Aman tak sangka langsung, tanpa diri Aman bertittle penulis, mahupun pekomik secara rasmi, Aman dapat peluang bertemu dengan beliau. Ain Maisarah. Semuanya kerana vlog. Memang Aman bersyukur kepada Allah sebab sering memudahkan perjalanan hidup Aman. Kadang2 Aman takut juga. Adakah kemudahan diwaktu muda ini akan dibalas dengan dugaan di waktu tua? Moga Aman kuat hadapi dugaan akan datang.

Balik ke topik asal. Bagaimana Aman mengenali Kak Ain Maisarah? Semuanya bermula apabila Aman pertama kali mengenali Komik-M (boleh baca sejarahnya di SINI) dan kemudian membawa Aman mengenali PTS. Dan setelah di stalk, Aman mengenali penulis yang paling success di PTS, iaitu Kak Ain Maisarah. Aman baca kisah kejayaan beliau di blog chairman PTS, Puan Ainon. Dan Aman sangat2 kagum! Aman memang meletakkan beliau sebagai sumber motivasi Aman untuk berjaya dalam bidang penerbitan buku/komik.

Kadang2 kawan Aman bertanya,
"Kau ni lukis komik, takkan kayanya! Baik kau fokus dengan Interior Design kau tu."

Memang Aman melukis komik bukan menjadi kaya. Tapi sebagai seorang yang betul2 minat pada komik dan menghargai seni komik itu, impian memegang komik sendiri adalah menjadi priority. Aman boleh bayangkan, yang Aman mungkin menangis bila memegang naskah komik sulung Aman suatu hari nanti. Yup, Aman kadang kala punyai moment emosional seperti itu. Hanya kerana Aman terlalu sukakan komik.

Tapi Aman sedar. Walaupun impian adalah priority, tetapi wang juga adalah penting. Dan kisah kejayaan Kak Ain Maisarah dengan buku2nya sering menjadi motivasi pada Aman untuk teruskan berkarya. "Pasti boleh!!" jerit Aman dalam hati.

Aman ingat lagi, waktu pertama kali Aman bertemu secara tak rasmi dengan beliau. Iaitu di MPH Mid Valley, ketika event Komik-M yang pertama Aman hadiri. (boleh baca sejarahnya di SINI) Waktu itu, Aman datang dengan ayah kerana nak bertemu dengan pelukis2 Komik-M, tapi oleh kerana Aman sampai awal, jadi Aman berjalan2 di MPH. Dan ketika di rak PTS, Aman nampak Kak Ain Maisarah sedang berbual dengan seseorang. Waktu tu Aman teruja. Haha. Sebab orang yang menjadi motivasi Aman ada depan mata. Tapi Aman tak berani tegur. Jadi Aman diam2 mencari2 buku di sebelah Kak Ain Maisarah. Itu pun dah kira cukup la. haha.

Dan akhirnya, tak sangka langsung, pada tarikh 22 November itu, Aman dapat bertemu depan2 dengan beliau di rumah Aman sendiri! Memang satu penghargaan bagi Aman. Dan Aman juga baru mengenali suami beliau, Tuan Syaizul Amal yang merupakan seorang yang sangat berjaya! Bertambah lagi seorang yang menjadi motivasi Aman. hehe.

Hari tu, Aman dan Kak Ain Maisarah akhirnya bercollab menghasilkan video iklan. Tak sangka pula dapat collab dengan Kak Ain Maisarah, walaupun hanya dalam video. Dan kemudian Aman dapat berbual dan mengenali dengan lebih lanjut tentang dua insan yang hebat ini. (ini bukan bodek, tapi ianya fakta) Dapat mendengar kisah perjuangan mereka, cukup menceriakan hari Aman masa tu. Sangat bersyukur dapat ditemukan dengan mereka.

InsyaAllah, Aman juga mahu menjadi seperti mereka. Walaupun sekarang, Aman sudah lari bidang, tapi dengan kepercayaan yang mak ayah, keluarga, kawan2, dan penyokong AmanWan berikan, Aman berjanji akan capai kejayaan tu nanti. Aaaaamiin.

^_____^

Di bawah ini ialah video collab Aman bersama Kak Ain Maisarah, serta pengalaman Aman di event Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisarah. Semoga akan bertemu lagi. =)






-out-



p/s-- entry tentang aman ke Stesen Alhijrah ditunda. Tengah tunggu MentolPecah uplod vlog kitorang ke sana. =)

5 comments:

AinMaisarah said...

Thank you Aman!

Kak Ain suka kedua video tersebut ^____^

InsyaAllah kita doa yang terbaik, Allah mudahkan kerjasama dan pasaran baru yang dibuka ini akan berjaya. Amin!

Lavendra said...

Tahniah, Aman!

Memang rezeki kau dengan vlog la. Alhamdulillah sekarang kau dah top star. ^___^

Komik jangan lupa pula ya, bro.

pakcik tam-tam said...

Pak cik ucapkan ekau

berjayo hinggo ko anak cucu..

sobab video ekau tu..

semuo orang kampung pak cik dah konal youtube..

sokarang orang kampung pak cik tongah tunggu line 4G tak pun Unifi..

barulah sodap tengok ekau punyo video.. takdo tersokat-sokat laie..

panjang pulak borak..

apo pun.. Semoga makin tombam.. eh silap.. makin sukses..

Aman Wan said...

Kak Ain- Alhamdulilah Kak Ain dan Tuan Syaizul puas hati dengan video2 tu. Lega saya. hehe. InsyaAllah Kak Ain. Saya sememangnya teruja nak bekerjasama dan nak buat sehabis baik! Amin!

Laven- Alhamdulillah weh, aku pun tak sangka sampai jadi macam ni. Ingatkan vlog saja2 je. Hehe, komik mesti teruss! Kau pun komik jangan lupa! hehe

PakTam- hahaha, terimo kaseh la pokcik! Insyaallah pokcik, den akan buek yang torbaek akan datang! pokcik dan orang2 kampung nun doa2kan la den yo. =)

Unknown said...

Good Luck Aman!! can't wait for your first comic!!! Ganbatte!