Monday, June 25, 2012

Pertemuan AWESOME!

Sememangnya, apa2 event yang melibatkan pertemuan kartunis dan pekomik, bagi Aman ia adalah event yang AWESOME dalam perjalanan hidup Aman sebagai pekomik. Even lepak dengan 2-3 pekomik di kedai mamak pun termasuk dalam event yang AWESOME juga!

Bila bertemu dengan rakan pekomik, akan ada 2 perasaan yang menjadikan dia AWESOME! Pertama ialah rasa teruja dapat berkongsi ilmu dan info yang tak dapat nak dengar dari channel Berita TV tempatan. Ini berita mulut ke mulut punya! Kisah2 pengalaman dan kerja keras setiap pekomik akan memberi inspirasi untuk terus rasa semangat. Yang kedua, rasa daya saing. Bila masing2 mula bercerita tentang projek masing2, memang Aman akui akan ada rasa cemburu. Tapi ianya bukan cemburu jahat, ia cemburu untuk menjadi lebih baik. Bersaing secara sihat. Aman nak lihat kawan2 Aman berjaya, pada masa yang sama, Aman taknak kena tinggal. Lebih kurang macam tu la...

Apapun, dapat lepak dengan geng2 komik memang AWESOME, dan Aman sentiasa menunggu peluang untuk bertemu mereka lagi nanti, ngeteh, borak, dan have fun!

-out-

p/s- gambar di atas ialah semasa event "Anda, PM dan Kartunis" di Pasar Seni (24 jun). Dari kiri: ArtZam, Awi, Bophairy, AmanWan, Reja dan XsRizal.

3 comments:

AZRI said...

tak nampak pon gambarnya :'(

razzwey razz said...

seronok lepak ngan korang hari tu... korang memang geng awesome! :-D

Anonymous said...

pekomik? tak sesuai lah bunyinye. gunelah perkataan "kartunis". sebut pun mcm grand je. :-)