Sunday, June 17, 2012

Manusia yang Berjalan | PART 1

Ianya bagaikan 1 mimpi.

Aku dulunya hanya seorang 'budak yang suka melukis' dan kini aku berubah menjadi seseorang yang aku tak pernah bayangkan. Bukannya aku kata diri aku hebat, tapi ianya lebih dari jangkaan seseorang yang hanya berlabel 'budak yang suka melukis'.

Bila masa mula berjalan, perkara 'suka' dalam diri terus menjadi serius. Ianya bermula bila larian mengejar impian mula dihalang oleh lubang realiti dan dinding kebenaran. Ia tak mudah. Dan larian mula menjadi perlahan. Tapi sekurangnya, aku tetap akan berjalan ke depan walau perlahan. 1 hari, aku akan sampai. Itulah yang aku yakinkan dalam diri aku.

Dan perjalanan aku yang perlahan ini, mula membuatkan aku sedar akan mereka2 yang berjalan sama dengan aku. Yang pada awalnya, aku sibuk berlari tanpa mengira siapa yang aku selisih. Aku mula melihat bagaimana mereka berjalan. Bebanan yang mereka pikul. Halangan yang berbeza mereka hadapi. Aku mula nampak.

Dan mula hadir dalam hati aku, rasa kagum dan respek pada mereka yang meneruskan perjalanan. Aku yang dulunya ada ketika rasa mahu berhenti, tapi setelah melihat kaki mereka yang luka2 sedang gigih melangkah, aku kuatkan semangat juga.

Ianya seronok, bila berjalan bersama. Aku kini mula ada kawan perjalanan. Aku mahu kami sama2 sampai ke destinasi yang kami tujui. Impian yang kami mahu capai. Sama2.

Kemudian, ada sebuah kereta dengan kekosongan seorang, memberi aku peluang untuk turut sama memandu ke hadapan. Ianya peluang yang jarang lalu dan menyinggah. Aku terima. Dan aku ke hadapan lagi. Mereka yang berjalan bersama aku juga mula menaiki kenderaan masing2. Kapal terbang, Keretapi, Bas, Van, Motor, Basikal, dan sebagainya.

Namun, aku juga tetap melihat mereka yang masih berjalan. Mereka masih kuat berjalan. Dan aku juga mahu membawa mereka, cuma aku tak mampu. Ini bukan kereta aku. Aku cuma mampu berdoa, semoga ada kenderaan lain yang akan memberi mereka peluang untuk terus ke hadapan. Sebab aku mahu, perjalanan mereka berbaloi. Aku sangat mahu melihat mereka sampai. Aku tak mahu, manusia setabah dan sekuat itu akan berhenti melangkah di tengah jalan. Sayang sungguh jika ia terjadi.

Aku berazam, bila aku sudah sampai di stesen yang pertama. Bila aku sudah ada kenderaan sendiri. Tak kiralah basikal mahupun skate board. Aku mahu betemu mereka yang masih berjalan. Dan sama2 terus ke stesen yang berikutnya.

Perjalanan masih panjang. Lebih seronok berteman bukan?

Apapun, ini semuanya dengan izin Dia yang Maha Menentukan.

Amin.

-out-

Manusia Yang Berjalan (part 2)
http://www.amanwan.com/2015/07/manusia-yang-berjalan-part-2.html

2 comments:

Amna Shark said...

Saya juga sedang berjalan di jalan yg sama. Tp masih jauh dibelakang. Good luck! buat yg terbaik, saya akn cuba kejar. (Amna, UiTM)

Aman Wan said...

Amna, hehe, Aman follow juga perjalanan Amna. Nampaknya Amna dah mula aktif melukis dan buat contest. Bagus2. Cari ramai geng melukis dan teruskan semangat tu. Supaya tak hilang. Apapun, Amna sangat berbakat. 1 hari nanti, Aman pasti impian Amna akan tercapai juga! =)