Thursday, August 26, 2010

The Consultation

BT CAVES, 20 OGOS 2010- Ini ialah tarikh yang sangat ditunggu aman (sebenarnya, tak la tertunggu sangat sebab aman secara tak sengaja free masa tarikh ni untuk ke ofis..) sejak aman siapkan 40pages proposal komik SET! pada akhir bulan Jun hari tu. Aman dengan perasaan teruja, cuak, hepi, naik motor ke editorial ofis Komik-M.

Ok, sebelum aman nak cerita lebih panjang, aman nak beritahu trivia tentang pertemuan aman dengan editor Komik-M kali ini...

1) Ini ialah proposal komik solo aman yang ke-3
2) 40pages telah aman siapkan sebagai proposal
3) Editor tak tahu lansung berkenaan kedua2 trivia diatas.
4) Ketiga2 trivia diatas dinamakan kes "Berani Mati".

ok, sememangnya aman x dapat nak expect apa2. Aman hanya terbayang dua ayat saja waktu tu. "Ok, approved." dan "Hmm,redo lah". Tapi aman dah bersedia untuk hadapi kedua2 situasi. Kalau approved, memang aman akan tersenyum sepanjang hari sambil kepala membayangkan impian yang semakin hampir.. dan kalau redo, aman juga pasti akan tersenyum sepanjang hari sambil membayangkan impian yang pasti hampir nanti..

Aman parking motor betul2 depan ofis editorial. Aman betul2kan rambut, belek2 proposal komik yang aman dah print dan stapple.. Dalam fikiran aman memang bermacam2. Apapun, waktu tu, aman berharap, kalau terdapat rejection dalam karya ni, biarlah tiada siapa menjadi saksi. Biarlah menjadi rahsia antara aman dengan editor saja.

Aman pusing belakang untuk kunci motor. Vroom~! Reja dan Bop sedang tersengih. "aman~!" Mereka parking motor betul2 kat belakang motor aman... Gulp!... ^___^" ...kantoi~

*****

Dalam ofis editorial, Alif sedang letak toning pada Aviasi Fantasi 2, Enche Wanzu sedang edit cover Budak Takraw 2 bersama Jimi, dan Enche Zul (editor baru) sedang ada sesi consultation. Aman, Reja dan Bop duduk di meja consultation menunggu Enche Zul. Ofis editorial memang sangat cool~! Luas dan banyak meja. Macam dalam studio pula, tapi lebih best sebab masing2 sedang edit buku2. Cool giler~! Masing2 tekun. Aman diam2 je, sebab masih segan2 dengan staff2 PTS. Jadi, sedang aman menunggu, aman bagi Reja dan Bop untuk belek2 proposal komik aman tu...dan consultation tiba2 bermula...

*****
BOP
Bop membelek komik SET! tu. Sambil2 tu aman cerita sket tentang idea fantasi aman yang aman nak letak dalam komik tu. Bop cakap, "Apa yang senangnya pasal dunia fantasi ni, orang tak boleh nak persoal pun kalau ada benda2 x logik ni. Tengok, rumah ni mana logik, tapi ok je." (tak silap, ini yang Bop cakap. mana la aku ingat sebutir2 ayat dia..) Bop belek2 lagi. Bop terpandang satu lukisan teksi. "Aman, apa ni, ini teksi yang aku jumpa tengah jalan tadi ni. Tak fantasi pun ni." (lebih kurang camni la ayat dia jugak..) lalu diiringi gelakan wakaka..crew beliau sambil menari2 shuffle secara tiba2. (ok, ini aku tambah cerita)

REJA
Reja pun belek2 komik SET! tu. Reja tersenyum lalu ikut Bop menari shuffle juga. (aku tambah cerita lagi) Reja terpandang design watak utama aku. Reja cakap, "Mesti samakan. Kalau ada 2 orang watak utama, mesti sorang rambut pendek kaler hitam, sorang rambut panjang kaler putih.. selalu mesti macam tu.." Muka Reja nampak serius. Jadi, aman membatalkan niat untuk berloyar buruk dan aman pun hanya tersenyum saja.

EN. ZUL
Enche Zul ajak duduk dan bincang. Tanpa segan silu, enche zul cakap, "Ini untuk rujukan akan datang ye.. Panel komik ni padat sangat la. Terlalu penuh sangat. Kena ada beberapa page yang full. Biasanya panel untuk Komik-M dalam 5-6 dah ok." Enche Zul belek2 lagi.. "Hmm..kalau jalan cerita... jap, saya tanya wanzu camner.."

EN. WANZU

Enche Zul memanggil Enche Wanzu. Kehadiran Enche Wanzu sememangnya memberi aura cuak seperti kemunculan Chief Editor dalam komik Bakuman. Enche Wanzu dengan confidennya cakap, "Amannya komik ni padat la. Tak relaks. Komik untuk kanak2 kan? Kanak2 nak baca kena santai2, ini padat sangat. Jalan cerita ok. Tak payah lukis sumer panel ada background. Lukis 1 panel besar full background dan yang lain2 sket2 je. Kalau sumer full background nanti pembaca keliru. Aman masih banyak buat close-up panel. Tak free. Terlalu banyak zoom in. Cuba zoom outkan sket untuk bagi nampak scenery." Lalu enche wanzu buat gaya tangan untuk zoom out dan zoom in.

Dia sambung lagi, "Aman buat komik dunia fantasi, tapi awal2 aman tak tunjuk pun ini dunia fantasi.. Kalau ada arnab tidur ada buku atas kepala ni masih tak cukup fantasi. Risiko kalau aman buat komik fantasi ni, kena la tunjuk dunia dia yang sebenar. Macam Dr.Slump, awal panel ada matahari senyum. Orang dah tau itu dunia fantasi. Aman sepatutnya ada blue print dunia komik aman ni. Aman patut tunjuk kat awal2 panel komik."

Enche Wanzu tengok karakter. "Ini watak2 utama ni sama je. Tak menonjol. Badan dia sama je. Tak ada tinggi, gemuk. Cuma tukar rambut, pastu pakai cermin mata. Aman kena variety kan watak utama supaya lebih menonjol dari watak sampingan." dan beberapa lagi komen2... aman tunduk saja. Tak berani bertentangan mata dengan enche wanzu, enche zul, jimi, bop, dan reja.. (wah,.ramai juga saksi.. TT___TT..)

EN.ZUL (lagi)
Enche Wanzu menyambung kerja editing. Enche Zul ambil alih semula. Komen enche wanzu tadi sudah disimpulkan menjadi "Hmm,redo lah.". Aman tenang. Tak terkejut sangat. Sebab ini risiko yang aman patut dah expect bila buat kerja "Berani Mati" macam ni.. Aman belek komik sendiri. Aman sebelum ni sangat konfiden komik aman ni akan diterima. Aman rujuk semua Komik-M untuk playsafe dengan konsep dan idea komik aman ni. tak terlalu biasa, dan tak terlalu extravaganza. Aman mungkin selamat dengan idea, tapi aman masih lemah dalam skill berkomik. Apapun, aman angap ini sebagai proses belajar. Kejayaan bukan datang dengan sepetik jari kan?

Sebelum aman redo semula komik ni, aman mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa pendapat dan idea kepada enche zul. beberapa input yang aman dapat dari beliau, "Kalau nak buat full panel, letak kat awal2 komik, sebagai pengenalan. Watak dah ok, tapi varietykan lagi. Panel masa aksi lawan bagi senget2 sket. Jangan petak2 sangat panel. Rigid sangat nanti. Garisan efek pun kena kemaskan lagi. X perlu terlalu banyak garis. Dialog lak kalau boleh jangan terlalu banyak. Bagi pembaca rehat. Ada page yg perlu untuk banyak dialog dan ada page yang lebih baik sikit2 saja. Kalau tak, pembaca akan jadi penat untuk baca setiap dialog panjang. Kalau ada dialog yang panjang2 pun, pastikan pecahkan ia kepada 2-3 bubble. Jadi tak nampak padat sangat." dan beberapa lagi komen yang banyak membantu aman untuk memperbaiki komik aman ni.

*****

Dengan itu, aman pun pulang kembali ke tempat kerja (aman sekarang sedang praktikal di Bt Caves). Ingat nak singgah Bookcafe tapi tak jadi sebab tadi janji dengan bos untuk keluar 30minit saje, tapi sudah sejam setengah di opis PTS. Aman naik motor, diiringi Reja dan Bop merempit di tengah kota gombak... (yeke ke kota...)

*****

Dan seperti sedia maklum, nak taknak, aman kena redo keseluruhan komik aman ni. Dari design karakter, panelling, dan jalan cerita. (Jalan cerita kena ubah mengikut panel dan limit pages Komik-M) Memang kerja yang banyak, tapi serius cakap, aman x rasa sedih. Aman cam lagi teruja. Aman semakin nampak kelemahan aman dan diberi peluang untuk lebih improve. aman akan gunakan peluang ni sebaik mungkin!

Kesimpulan untuk hari tu, aman cuma boleh cakap (atau taip dlm status Facebook),

Eksperimen "berani mati" hari ini mmg betul2 'mati'. haha. Tapi ia permulaan 'hidup' yang lebih kuat! Yeah! Berusaha Aman Wan~!!!


-out-

maaflah entry kali ini aman tak upload preview komik aman. TAPI akan datang komik tu aman akan upload di Facebook aman. =)


Friday, August 20, 2010

Proposal Ke-3

Salam semua, aman dah lama x update pasal kehidupan aman dengan dunia komik. huhu. seperti yang aman pernah beritahu (kalau korang perasan) aman sudah siapkan komik solo aman hingga 40 pages. Yup, 40 pages. Even ada lopong2 ( ada panel yang aman x lukis) tapi itu ialah kuantiti yang banyak untuk dilukis sebagai proposal komik baru aman. Yup, PROPOSAL komik baru.

Dulu aman ada 1 masalah yang aman rasa ramai juga pelukis2 pernah alami. iaitu cepat bosan pada 1 cerita. Aman selalunya, akan create 1 cerita dan bila dah lukis separuh, mesti tukar citer lain. TAPI, ini bukan alasan aman untuk menghantar proposal komik baru kepada komik-m. jom, aman cerita apa dan kenapa aman tukar proposal komik aman sebanyak 3 kali.


JEE JESTERIni ialah proposal komik aman yang pertama pada Komik-M. Menceritakan kisah suka duka seorang badut dengan geng2 sarkisnya. Aman cuba menaikkan isu2 kekeluargaan dan isu2 yang sering di alami oleh kanak2. Proposal komik ini berjalan lancar. Perbincangan telah dibuat, emel telah dibalas, sehinggakan komik ini sudah diberikan lampu hijau untuk dilukis sepenuhnya. TAPI, masa aman melakukan draft untuk melukis komik ini, aman baru sedar sesuatu. Masalah yang sangat penting. Aman terlalu pentingkan jalan cerita, dan isu dalam komik ni sehinggakan aman terlupa tentang teknikal atau budaya kehidupan badut itu sendiri. Aman melakukan banyak rujukan utk memahami bagaimana kehidupan seorang badut di sarkis, bagaimana tentatif program sarkis diadakan, siapa yang bertanggungjawab dalam setiap program sarkis, dan lain2 masalah ynag aman sendiri tak dapat jawab. Untuk menjawab soalan ni, aman kena pergi sendiri ke sarkis dan melihat dan rasa suasana dan kehidupan sekeliling yang berlaku disana. Oleh sebab itu, aman hold komik ini sehingga aman ada keyakinan dengan jalan cerita yang sedang longgar sekarang ni.


HERO SEKOLAHYa, ini ialah proposal komik ke-2 aman. Dengan menggunakan stroke yang baru dan jalan cerita yang lebih simple, Hero Sekolah ni mengisahkan kehidupan 5 sekawan yang akan menempuh pelbagai kisah paranormal di penempatan mereka disamping mengetengahkan elemen persahabatan antara mereka berlima. Komik ini ialah komik yang aman sangat suka dan berharap untuk diterbitkan. Bagi aman komik ini memang jiwa aman la. Komik ini berjalan agak lancar. Sudah bersedia untuk dilukis sepenuhnya. TETAPI... ketika aman melukis page awal komik ni, aman dapat detect sesuatu. skill melukis aman masih lemah. Aman lemah dlm perspective view, melukis watak pon ambil masa lama, dan beberapa lagi kelemahan yang aman rasa akan memburukkan komik yang special bg aman ni. (ya, korang boleh simpulkan semua ini alasannnnn~) Jadi, aman hold dulu komik ni sehingga lah aman betul2 yakin dengan skill aman untuk terus melukis komik ni.


SET!Yup, ini proposal ke-3 komik solo aman. Bertemakan dunia fantasi dan aksi, komik ini lebih santai, stroke yang lebih fleksible, dan jalan cerita yang sesuai untuk kanak2. Aman sangat seronok melukis komik ini. Sehinggakan aman sudah pun siapkan 40pages sebagai proposal. huhuhu. Aman mahu mulakan dunia pekomikan aman dengan komik SET! ni. Semalam, bersamaan 20 Ogos 2010, aman telah pun berjumpa editor Komik-M untuk dapatkan komen dan approval. Neway, banyak benda aman akan ceritakan berkenaan sesi consultation tersebut, dalam entry blog akan datang.

Buat masa ni, aman simpan dan develop je setiap komik ni dari segi jalan ceritanya, mana tau 1 hari nanti tiga2 proposal akan berguna juga untuk projek komik aman akan datang. So, aman akan citer lebih lanjut pasal komik SET! ni dan aman akan update selalu perkembangan komik ni dalam blog. (kira xde la blog ni mati..huhu)

So, wish me all da best~!! Berusahalah Aman Wan~!!

-out_

Tuesday, July 6, 2010

BINTIK - Titik Parody

Pertama sekali, aman nak ucapkan jutaan terima kasih lah pada mereka2 yang bagi ucapan selamat pada Hari Jadi Aman yang ke-19 (hihihi) pada 1 Julai lalu. Haha, aman sangat hargai ucapan korang~!! Doakan aman sentiasa sukses ya!

Hah, entry kali ni sebenarnya aman nak kongsi dengan korang hadiah hari jadi yang aman dapat dari kawan2 aman yang best n sengal2 lutut nih~!! haha. Kalau korang masih ingat, aman pernah menghasilkan shortfilm bertajuk TITIK dimana aman sangat berpuas hati dengan penerimaan penonton terhadap shortfilm ni. Aman masih belum publish lagi shortfilm ni secara terbuka di internet, jadi kepada sesiapa yang tak tahu tentang shortfilm tu, boleh tengok trailer ni:



Haaa.....dan apa kaitan shortfilm aman dengan hadiah hari jadi dari mereka? haha, sebenarnya, mereka ni, KayDee, Inas, KakTi, dan Husna telah menghasilkan shortfilm parody TITIK yang bertajuk BINTIK bersempena besday aman tu. hahaha, parody ni memang kelakar! Bagi yang pernah tengok shortfilm TITIK sebelum ni, korang mungkin lebih faham jalan cerita dan lawak dia. Sejujurnya, pada detik 12 malam besday aman tu, aman sangat enjoy menonton shortfilm ni. Terharu ada gak sebab diorg sanggup buat sumer ni. huhu. Aman tatau nak cakap apa, cuma terima kasih banyak2 kat korang dan juga rakan2 yang lain. Terima kasih banyak~!!!

Jadi, dengan bangganya, aman persembahkan hasil kerja gadis2 sengal yang bertajuk BINTIK~!!



-out-

p/s-- pada sesiapa yang pernah menonton kesembilan2 shortfilm di AAD FILM FESTIVAL, korang akan perasan beberapa elemen dari shortfilm2 itu diserapkan juga sebagai parody selain TITIK. =) Hasil kerja yang brilliant~!!

Sunday, June 13, 2010

Scary Ever After

Minggu lepas aman ada lepak kat Alamanda, Putrajaya. Tujuan nak tengok Prince of Persia, tapi sebab kami sampai awal, jadi aman singgah ke MPH untuk survey komik-komik baru. dan aman terjumpa ini, Scary Ever After karya John Ho~!!

Sejak aman menjejakkan kaki ke Anugerah PEKOMIK dulu, aman sering tertanya, best sangat ke komik Scary Ever After ni sampai memenagi anugerah Penulis Terbaik dan Komik Baru Terbaik pada petang anugerah tu.

Selepas baca komik ni, memang aman sangat2 salute~!!

1st impression aman kat komik ni sangat baik. Kualiti komik ni sangat la bagus. Jenis kertas dan cover dia sangat menarik la. Lukisan yang realistic dengan mainan shadow hitam putih yang sangat berkesan! Aman belek2 komik ni lepas baca. Teringin untuk baca lagi dan beli komik2 yang bagus macam ni. Memang berbaloi untuk dibuat rujukan dan koleksi.

Komik ni sebenarnya ialah kompilasi kisah2 seram (macam citer Dari Alam Angker) yang dibawa dengan gaya yang realistic dan smart. Kalau nak ikutkan sebenarnya, beberapa cerita dalam ni agak klise dan tipikal, contohnya, pasal werewolf, orang tua misteri kat sekolah, rumah berhantu.. TAPI, entah kenapa walau aman dapat mengagak plot beberapa cerita ni, aman masih sangat teruja dan seronok baca. Mingkin sebab cara pembawaan komik ni yang sangat menarik buat aman tak kisah pun pada klise tu. Selain tu, ada juga beberapa cerita yang aman tak pernah baca macam Fairyland dan The Chalk Ring (cerita feveret aman, sangat seram!).

Jadi memang tak heran untuk pelukis komik ni, John Ho (gambar diatas) memenangi anugerah2 tu. Tahniah! Oh, untuk tidak mengelirukan pihak yang lain, komik ni boleh didapati dalam dua cover yang berbeza. Red and blue version (seperti gambar di atas). Aman beli yang red version sebab nampak macam "komik" berbanding blue version yang agak macam cover "novel". Tapi tak kisah apapun cover dia, isi dalam komik ni sangat terbaik.

Korang boleh hubungi dan melihat perkembangan John Ho di blog beliau, http://artwhizkids.blogspot.com/ dan jangan lupa dapatkan komik Scary Ever After kat kedai MPH yang berdekatan~!! (sebab publisher dia MPH, maybe ada juga kat POPULOR or KINOKUNIYA..)

Sebelum tu, korang leh hayati 3 pages preview karya John Ho dalam komik Scary Ever After yang bertajuk The Chalk Ring ni. Cool~!!


-out-

- Semua gambar diambil dari laman facebook John Ho~!

- Argh~!!! Komik-M kat MPH alamanda sangat2 susah nak jumpa!

Wednesday, May 26, 2010

Komik Solo

Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya.

Tapi aman kemudian terfikir, Sampai bila aku nak sketch2 dan rangka2 komik je ni? ditambah pula dengan soalan2 lazim dari kawan2, Wes, komik ko bile nak siap?? (Sejujurnya.. bila nak buat?..) Jadi dari situ aman nekad untuk menggadaikan senang lenang aman dirumah dan berkerja keras melukis komik aman ni dengan serius~!!

Ya? Apa?

Oh, yes~!
Kenyataan diatas memang sangat poyo. wakaka..crew~! (gelak gaya Bop)

Tapi tak salah mencuba. Dan hasilnya adalah positif setakat ni. Lepas je aman lukis page ke-3, aman semakin teruja untuk lukis page2 seterusnya~! Ketika entry ni di tulis, aman sudah menyiapkan page ke-21. Weeee~!! (errr...sikitkan..)

Huhu..pada awalnya, aman bajet untuk siapkan 1 buku komik solo aman ni dalam sebulan, bermakna sehari (weekdays) aman kena siapkan 5 pages. (BAJEEETT~!!!!!!) Dan seperti perkataan dalam kurungan disebelah, aman sangat bajet.......hanya mampu lukis 1 page sehari...huhu..

Rasanya aman patut tingkatkan set pages aman sket dalam 2pages sehari, tapi depend pada kemampuan aman. Lebih2 cuti ni juga aman terlibat dengan kerja2 illustrasi buku kanak2, komik antologi dan ulang kaji berkenaan interior design. (preparation sebelum masuk praktikal julai nanti..)

Buat masa ni, semangat aman masih seronok melukis komik solo aman ni. Sampaikan kadang2 aman tersalah inking di beberapa tempat.. adoiyaiii..huhu~!

Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!

Aman buat entry ni bukan nak memberi janji kosong kat kawan2 aman yang tunggu komik aman untuk siap, tapi entry ni dibuat juga dengan sebab memberi tekanan kat aman sendiri untuk siapkan dalam masa yang aman dah tetapkan. Bila dah ada tekanan, ditambah dengan perasaan teruja melukis, aman harap semua akan berjalan dengan baik.

Teruskan perjuangan Aman Wan~!!

-out-

Tuesday, May 18, 2010

Baju DIY

Nampaknya, semakin ramai orang kurang berblog lagi. Lebih2 bila di facebook segala application boleh buat, dan respond dari kawan2 lebih pantas berbanding blog. Tapi bagi aman, aman masih nak blog aman ni "hidup", supaya satu hari nanti, aman senang nak renung sejarah diri aman dalam pembabitan dunia komik kat Malaysia ni. hehe.

Aman sebenarnya ada banyak benda nak cerita dalam blog ni, tapi aman terpaksa hold segala cerita2 aman ni untuk 2-3 bulan lagi. Cuma apa yang penting sekarang, komik solo aman sudah pun bermula sejak 1 Mei haritu. weeeee~!!

Cuma aman tak banyak masa, sehari cuma 1 page saja aman boleh lukis dan ink, dan buat masa sekarang, aman dah siap ink 16pages komik soo aman tu. harap kerajinan aman ni akan terus konsisten. aaammmiiin~

Neway, untuk blog kali ni, aman korek balik video aman SETAHUN yang lalu (saat daku kurus dan tak kacak..hik3) ketika aman dengan rumate aman ada plan nak design baju, jadi kitorg pon buat la demo skit. Aman guna lukisan komik aman (komik page di atas ni..) untuk design baju tu. haha.

Camner penghasilan dan akhirannya? Tengok je video yang poyo nih. huhu. Hmm..dah lama tak buat Vblog ek.. hik3~!

Sunday, April 25, 2010

Komik Review #2

Oklah, aman mmg tatau nak updet blog ni dgn topik apa. Yang penting skang, aman tgh cuti! Weeee~!! Memang aman akan fokus dengan dunia komik aman! Hope aman akan dapat updet blog ni selalu dengan preview2 karya yang aman dah lukis lah. Kali ni, aman nak buat lagi review komik dari Komik-M~!!

Ditegaskan kepada semua, setiap review yang berada di blog ini adalah pendapat PERSONAL. Anda mungkin bersetuju dengan aman, atau tidak. Jadi, untuk tahu kebenarannya yang sebenar, sila beli sendiri dan nilai. Lagi sekali ditegaskan, ini adalah pandangan PERSONAL aman sebagai pembaca. cool~!
******


TAJUK: Meon
PEKOMIK: Jas
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!

KOMEN: Komik yang agak catchy~! Bagi aman, cover dan belek2 sket isi dalam, dah cukup buat aman tertarik utk beli. Stroke yang sangat unik dan jalan cerita yang bagus! Even aman budak kampung, tapi, aman sendiri tak pernah main perang terung manggor. huhuhu. Tapi, bagi aman, lebih best kalau konflik2 di lebih kan sket. sebab jalan cerita dia agak 'aman damai' seperti kampung. huhu. klu ada banyak lagi konflik2 mesti lagi cun. Stroke aman tak perlu komen sebab stroke ni memang memikat animator untuk menjadikan Meon sebuah siri animasi yang baik kelak. All the best pada Jas~!




TAJUK: Dear Yayah
PEKOMIK: Ard One & Farihah Iskandar
SINOPSIS & PREVIEW:
Sila Klik Utk Baca Ye~!

KOMEN: Bagi aman, kemunculan komik ni memang sesuatu yang dinantikan pada peminat siri novel Dear Yayah tulisan cik Farihah Iskandar. Even aman tak pernah baca novel Dear Yayah, tapi aman masih lagi enjoy baca komik ni yang banyak menunjukkan fenomena yang berlaku di sekolah berasrama. Haha, teringat lak dulu2. Lukisan yang kemas oleh Ard One dan jalan cerita yang OK dari Farihah Iskandar. Aman suka, tapi taklah teruja. Sebab cerita kehidupan seperti ini bukan genre yang aman minat. Dan, apa yang aman janggal, ialah watak2 dalam komik ni. aman agak susah nak cam watak2 perempuan dalam komik ni. Sebab muka mereka agak sama. Dan, aman lagi suka kalau mereka ni dalam asrama, tunjukkan je rambut. (diorg pakai serkup). Sebab aman tengok, banyak je komik-m lain yang lukis watak tak bertudung. Lagipun babak di asrama cuma sekejap saja. Jadi, aman rasa tak mengapa. Hanya pendapat.. bagaimana ye enche Wanzu dan Alif..??




TAJUK: Ardh
PEKOMIK: Ayiemz 01
SINOPSIS & PREVIEW:
Sila Klik Utk Baca Ye~!

KOMEN: Err..aman perlu jujur di sini. Aman tak faham komik ni. huhuhu. Rekaan cover page dan konsep cerita bagi aman dah sangat smart~! Memang aman menantikan komik ni dulu. Tapi aman agak kecewa bila aman buka isi dalam. Lukisan komik ni seolah2 macam hendak cepat, dan aman tak dapat bezakan latar dan watak. Disebabkan cerita ini juga 100% berkisar tentang dunia lain, jadi, haiwan, manusia, pokok, semuanya dalam rangka yang asing. aman tak dapat bezakan yang mana kapal angkasa, yang mana orang. Pada awal cerita juga aman tak pasti yang mana watak utama dan yang mana perlu diberikan fokus. Aman tahu pelukis komik ni, Ayiemz adalah seorang yang berbakat, cuma aman sebagai PEMBACA, aman masih keliru dengan cerita komik ini. Aman sudah baca 2 kali untuk fahamkan. Pening. Aman akan try untuk kali ketiga nanti. Diharap sambungan komik ini akan lebih baik. Maaf, komen jujur dari pembaca.


******

Komen2 di atas ialah komen PERSONAL aman terhadap komik2 yang aman dah baca. Diharap korg tak trerpengaruh dan terus support dan beli komik-m. Memang berbaloi untuk dikumpul~! Review2 komik2 akan muncul lagi nanti.

-out-