^__________^
-out-

BT CAVES, 20 OGOS 2010- Ini ialah tarikh yang sangat ditunggu aman (sebenarnya, tak la tertunggu sangat sebab aman secara tak sengaja free masa tarikh ni untuk ke ofis..) sejak aman siapkan 40pages proposal komik SET! pada akhir bulan Jun hari tu. Aman dengan perasaan teruja, cuak, hepi, naik motor ke editorial ofis Komik-M.
Ini ialah proposal komik aman yang pertama pada Komik-M. Menceritakan kisah suka duka seorang badut dengan geng2 sarkisnya. Aman cuba menaikkan isu2 kekeluargaan dan isu2 yang sering di alami oleh kanak2. Proposal komik ini berjalan lancar. Perbincangan telah dibuat, emel telah dibalas, sehinggakan komik ini sudah diberikan lampu hijau untuk dilukis sepenuhnya. TAPI, masa aman melakukan draft untuk melukis komik ini, aman baru sedar sesuatu. Masalah yang sangat penting. Aman terlalu pentingkan jalan cerita, dan isu dalam komik ni sehinggakan aman terlupa tentang teknikal atau budaya kehidupan badut itu sendiri. Aman melakukan banyak rujukan utk memahami bagaimana kehidupan seorang badut di sarkis, bagaimana tentatif program sarkis diadakan, siapa yang bertanggungjawab dalam setiap program sarkis, dan lain2 masalah ynag aman sendiri tak dapat jawab. Untuk menjawab soalan ni, aman kena pergi sendiri ke sarkis dan melihat dan rasa suasana dan kehidupan sekeliling yang berlaku disana. Oleh sebab itu, aman hold komik ini sehingga aman ada keyakinan dengan jalan cerita yang sedang longgar sekarang ni.
Ya, ini ialah proposal komik ke-2 aman. Dengan menggunakan stroke yang baru dan jalan cerita yang lebih simple, Hero Sekolah ni mengisahkan kehidupan 5 sekawan yang akan menempuh pelbagai kisah paranormal di penempatan mereka disamping mengetengahkan elemen persahabatan antara mereka berlima. Komik ini ialah komik yang aman sangat suka dan berharap untuk diterbitkan. Bagi aman komik ini memang jiwa aman la. Komik ini berjalan agak lancar. Sudah bersedia untuk dilukis sepenuhnya. TETAPI... ketika aman melukis page awal komik ni, aman dapat detect sesuatu. skill melukis aman masih lemah. Aman lemah dlm perspective view, melukis watak pon ambil masa lama, dan beberapa lagi kelemahan yang aman rasa akan memburukkan komik yang special bg aman ni. (ya, korang boleh simpulkan semua ini alasannnnn~) Jadi, aman hold dulu komik ni sehingga lah aman betul2 yakin dengan skill aman untuk terus melukis komik ni.
Yup, ini proposal ke-3 komik solo aman. Bertemakan dunia fantasi dan aksi, komik ini lebih santai, stroke yang lebih fleksible, dan jalan cerita yang sesuai untuk kanak2. Aman sangat seronok melukis komik ini. Sehinggakan aman sudah pun siapkan 40pages sebagai proposal. huhuhu. Aman mahu mulakan dunia pekomikan aman dengan komik SET! ni. Semalam, bersamaan 20 Ogos 2010, aman telah pun berjumpa editor Komik-M untuk dapatkan komen dan approval. Neway, banyak benda aman akan ceritakan berkenaan sesi consultation tersebut, dalam entry blog akan datang.
Minggu lepas aman ada lepak kat Alamanda, Putrajaya. Tujuan nak tengok Prince of Persia, tapi sebab kami sampai awal, jadi aman singgah ke MPH untuk survey komik-komik baru. dan aman terjumpa ini, Scary Ever After karya John Ho~!!
Jadi memang tak heran untuk pelukis komik ni, John Ho (gambar diatas) memenangi anugerah2 tu. Tahniah! Oh, untuk tidak mengelirukan pihak yang lain, komik ni boleh didapati dalam dua cover yang berbeza. Red and blue version (seperti gambar di atas). Aman beli yang red version sebab nampak macam "komik" berbanding blue version yang agak macam cover "novel". Tapi tak kisah apapun cover dia, isi dalam komik ni sangat terbaik.


Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya.
Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!