Thursday, February 2, 2012

AmanWan kembali di WuuHuu isu baru dengan Siri BARU~!!

Huhu, setelah skip submit komik bulan lepas, kali ni Aman muncul kembali dalam WuuHuu~!! Hari tu silap bajet masa, terus x sempat siap. Huhu, sorry boss!

Kalau sebelum ni, Aman lukis komik lain2 tajuk macam "Newly Wed" dan "Doktor Lisa", kali ni Aman dah decide untuk hasilkan 1 tajuk yang tetap supaya lagi senang Aman nak cari idea sambil kembangkan watak2. So, Aman pilih cerita yang dekat dengan Aman, iaitu kehidupan kampus bersama member bilik! ROOMMATES!

So, hope siri ROOMMATES ni akan dapat hiburkan orang ketika menikmati komik2 di Wuuhuu Online akan2 datang! Yoshhh!!

^___^

-out-

Saturday, January 21, 2012

Episod penggerak komik "CatWish" di G3 isu 96~!!

G3 kali ni edisi Angry Bird, jadi Aman kena promot dengan gaya Angry Man! Arghh BELIIII~!!!

Yeah! Tak sangka pulak awal G3 keluar kali ni. Datang kedai buku nak beli komik2 untuk dibaca dalam perjalanan ke Taiping, tak sangka lak terjumpa! Excited ni!

Btw, Aman masih tatau respon pembaca macam mana setakat ni. Lagipun Aman faham, yang episod 1st komik Aman, Cat Wish, tu masih terlalu latar. Hope dengan episod 2nd ni yang merupakan episod permulaan konflik komik ni, pembaca dapat beri feedback pada Aman.

Boleh juga Aman tau kekurangan yang ada. Apapun, Aman masih lagi eksited! (huhu..ini pengalaman baru komik sendiri keluar majalah...so, memang over excited..hihi) Dari tajuk komik Aman ni, nampaknya pihak G3 mengekalkan tajuknya sebagai Cat Wish, bukannya Labubula.

Yeah! ini la komik AmanWan. Cat Wish episod 2~!!

Aman tiada masalah sebenarnya. Dua2 pun OK. Tapi memandangkan tajuk Labubula tak digunakan, jadi, bolehlah Aman tukar sikit plot asal yang Aman buat. hehehe. (perkataan Labubula tu sepatutnya merupakan salah satu plot) Sambil lukis2 episod 3 hari tu, Aman tetiba dapat idea lak. Yoshh!

Oklah, hope kalau korang sudi beli dan baca, harapnya korang juga sudi komen, dan kritik komik ni ya. Bantu Aman untuk puaskan hati korang. Hehe

-out-

Friday, January 20, 2012

Kisah Liga Pendekar & Pembeli Kanak2

Siapa je yang tak kenal Hang Tuah? Orang Minyak? Nenek Kebayan? Badang? Si Tanggang? Malim Deman? Sang Kelembai? dan Awang Kenit? Kesemuanya ialah watak2 hikayat melayu yang sangat femes! Lebih2, kalau kesemua watak ini digabungkan dalam 1 cerita pahlawan! Idea superb kot!

Ini lah yang dapat di baca dalam komik Liga Pendekar keluaran Komik-M! Antara komik terawal ketika penubuhan Komik-M dan juga merupakan komik pertama yang menangkap perhatian Aman ketika di Suncomic suatu ketika dahulu, seterusnya buatkan Aman mengenali Komik-M.

Jalan cerita gabungan watak2 hero ini bersatu dengan kelebihan dan kuasa masing2 menentang geng2 jin memang sangat stylo! Antara komik yang Aman sangat tunggu sambungannya! Tapi semalam, Aman dapat berita buruk dari Facebook pelukis komik Liga Pendekar ini, Tuan Azhar Abdullah.

Yup, sambungannya terpaksa di KIV dulu kerana komik pertama Liga Pendekar ini tidak mendapat sambutan pasaran yang menggalakkan. Aman serius kecewa gak. Sebab ceritanya sangat2 terbaik! Mungkin kerana stroke lukisan Tuan Azhar sedikit heavy (yang sesuai dengan pembaca dewasa) menyebabkan pembeli yang majoritinya kanak2 tak memberi peluang.

Yup, beri peluang. Kelmarin, ketika Aman join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di SK Bandar Seri Putri, Aman dapat lihat dimana kesemua Komik-M laku habis! Dan komik Liga Pendekar memang antara yang slow jualannya. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi mungkin pelajar2 sekolah kebanyakan mencari komik2 yang ala2 seperti manga jepun. Itu gaya yang mereka sudah biasa baca. Dan ini menyebabkan mereka menilai komik Liga Pendekar dengan sekali pandang. Jadi tiada peluang untuk mereka tahu yang komik itu sangat menarik jalan ceritanya.

Kenapa Aman cakap camtu? Sebab Aman kemudiannya buat uji kaji. Aman ambil 1 naskah komik Liga Pendekar, dan Aman mula bercerita camni, "Korang, cuba baca komik ni! Dalam ni ada Hang Tuah, ada Badang yang kuat tu, ada Tanggang yang derhaka tu, lepas tu diorang jadi geng!! Diorang ada kuasa2 lawan dengan hantu!"

Dan surprisingly, mereka memang kenal dengan watak2 hikayat tu! (ini ialah USP dan kelebihan komik Liga Pendekar ni) Mereka siap tanya lagi, sambil tunjuk ke watak2 lain di kaver komik tersebut, "Yang ni siapa Acik? Yang ni? Pompuan ni? Kuasa dia apa?" Dan untung lah Aman dah baca komik ni, jadi Aman boleh kenalkan watak2 tu. Dan bila terdengar je nama2 watak yang mereka kenal, terus mereka hulur RM10. "Acik, saya beli la!" dan diikuti beberapa orang pelajar lagi. Dan komik itu terus habis dijual!

Apa yang Aman nak cerita ni, bukannya nak riak sebab berjaya jadi salesman sementara bernama "Acik" (aku kawen pun belum la adik2 oi..huhu..) tapi ialah respon kanak2 pada cerita komik tu. Mereka sememangnya suka ceritanya, JIKA diberi peluang untuk mereka kenal tentang isinya. Apapun, bagi Aman, ia berbalik kepada bagaimana komik itu dipromosikan.

Memang kita tak boleh nak explain kepada setiap sorang pembeli, jadi itu datangnya kreativiti bagaimana untuk buatkan produk kita dikenali. Apapun, Aman sangat berharap green light untuk penyambungan komik Liga Pendekar ini akan dapat diteruskan secepat mungkin. Bertabahlah Tuan Azhar!

-out-

p/s-- siri Aviasi Fantasi juga faveret aman! Tapi ia juga terpaksa di KIV sambungannya..huhuhuh.. ngapainnnn??? TT__TT

Karut: Mael, kau pergi kelas tak?

Kelihatan seorang lelaki berbaju merah lada sedang khusyuk makan di kantin. Sobri terus duduk di sebelah lelaki tersebut.

“Mael, kau pergi kelas tak?” soal Sobri secara tiba-tiba kepada lelaki yang telah dia duduk secara tiba-tiba disebelahnya lalu menegur dengan dialog yang berbunyi, “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Aku tak pergi kot. Sebab aku pening kepala la.” balas lelaki tersebut yang bernama Mael terhadap soalan Sobri yang duduk secara tiba-tiba disebelahnya yang berbunyi . “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Alaaa, aku pun taknak pergi kelas.” respon Sobri terhadap jawapan Mael kepada soalan yang dia tanya kepada Mael secara tiba-tiba tadi yang berbunyi, “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Alaaa, Sobri. Kau pun taknak pergi jugak ke..?” tanya Mael kepada balasan Sobri yang datang secara tiba-tiba.... ah, panjang sangat nak tulis.

Sobri dan Mael tak pergi kelas hari itu.

-end-

Wednesday, January 18, 2012

Program Jelajah Sekolah AinMaisarah!

Hahaha, baru je entry sebelum ni, Aman cakap nak belajar interact dengan budak2, akhirnya, hari ni, peluang tu dapat! Hari ni untuk kali pertama, Aman try join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putri. Tapi Aman datang sebagai videographer je. Sebab Aman sememangnya sudah bekerja di bawah syarikat Ain Maisarah iaitu BlinkBook Sdn Bhd. Aman akan jadi pelukis dan juga buat video. So, itu yang Aman join tu. Nak dapatkan footage untuk video BlinkBook akan datang.

So, masa Aman tengah sibuk2 merakam, ada la beberapa budak laki ni tanya, "Abang ni berlakon iklan gangster ek?" Uit?? Terkejut gak! Tak expect pun budak2 sekolah rendah akan tengok video2 tu. Tapi diorang semua sempoi la! Tak habih2 ulang dialog choki2 dan tam2. haha

Tapi sebab Aman ada kerja nak kena buat (merakam) jadi kadang2 terpaksa tinggalkan bebudak tu kejap. Apapun, secara overall, memang Aman tengok, program Ain Maisarah ni sangat2 dapat sambutan yang hangat! Budak2 macam dah merusuh nak beli novel Ain Maisarah! Terkejut wooo!

Apapun, memang pengalaman yang best! Seronok merakam dan interview budak2 sekolah, melayan budak beli buku, borak2, haha best2! Sampai Aman tak sempat nak buat vlog sendiri atau tangkap gambar. hoho. Next time la kot. (29 febuari ni Aman akan pergi ke SMK Kompleks KLIA~!! Sekolah lama Aman~!!)

Haha, ni je gambar yang sempat Aman snap. Antara peminat dan penghafal dialog Iklan Gangster! Mungkin kah mereka ni generasi gangster yang baru? haha, hope jangan la. Gangster suka2 takpe. =p

-out-

Monday, January 16, 2012

Seorang Idola untuk Kanak-kanak

Masa Aman mula2 melibatkan diri dalam dunia komik, Aman ada satu aim ni. Iaitu nak jadi Idola untuk kanak-kanak. Entah kenapa, Aman sangat suka hasilkan karya yang Aman akan fikir, "Hope kalau ada budak baca, dia akan suka.". Dan tentunya karya yang Aman suka, dan nak hasilkan ialah karya yang bermakna dan dapat beri impak kepada childhood mereka.

Aman memang suka dengan kanak-kanak ni. Tapi Aman ni tak reti sangat nak interact dengan diorang. Aman takde skill seorang guru tadika, jadi dengan karya2 komik ni la Aman harap dapat tawan hati diorang. Lagipun, kanak-kanak ni jujur. Kalau diorang suka, sememangnya diorang suka. Kalau tak, diorang kata tak. Tapi itu aim dulu2, kemudian bila masa semakin berlalu, Aman tak fikir sangat tentang aim tu. Tapi tanpa Aman sedar, ia tergerak sendiri. Bila Aman buka balik folder2 komik Aman, memang hampir kesemua komik yang Aman lukis, (samada dah publish atau tak) mempunyai elemen untuk kanak-kanak.

Tapi memang itu tetap menjadi impian Aman la. Melihat beberapa kanak-kanak membesar dengan karya AmanWan yang diorang akan ingat sampai diorang besar. Seperti mana Aman dibesarkan dengan karya2 dari Akira Toriyama (Dragon Ball) yang masih lagi menjadi idola serta rujukan Aman hari ini.

Tak kira lah apa medium pun. Komik, drama, filem, novel atau lagu, Aman nak cuba hasilkan sesuatu yang terbaik untuk generasi cilik ni! Yup, memang ini bukan tugas yang mudah. Lebih2 kalau nak terapkan something yang baik pada mereka. Tapi inilah cabaran untuk impian Aman ni. Impian untuk mewujudkan seseorang yang bernama AmanWan yang ada tersimpan disudut hati mereka nanti.

^____^



Lagi syiok kalau boleh interact dengan budak2 macam ni. hohoho!

-out-


WuuHuu~!! Komik Fantasi Kromosom!

Pehhh~!! Isu terbaru WuuHuu kali ni menampilkan Kromosom sebagai kartunis dalam slot special! (iaitu yang komiknya dijadikan cover) Stroke dia snagat best! Aman suka!

Tapi, apapun, Aman tak submit komik dalam Wuuhuu baru ni akibat sedikit busy dan masalah teknikal (tablet aku rosak beb..huhu) jadi Aman dah terlepas dateline. Tapi hope korang still baca isu ni sebab banyak komik best2 woo~!! Next isu Aman try kasi double ok? hehehe!

Untuk baca isu-17, boleh klik: WUUHUU 17

Dan ikuti updet dari FB Wuuhuu, boleh klik: FB WUHUU

So, Enjoy dan sebarkan pada rakan2 ya!! Selamat membaca!

-out-