* * * * *
SINOPSIS | Latihan matematik, kerja
sekolah, buat nota… semuanya sentiasa lengkap sempurna! Sememangnya Fain
pelajar terbaik dan suka belajar sehingga duduk pun di kerusi paling hadapan di
dalam kelas. Namun, siapa sangka si gadis sempurna ini mempunyai rahsia di
dalam hatinya.Senyap-senyap Fain
sebenarnya memendam perasaan terhadap rakan kelas bernama Alyas, si jejaka
kacak yang bersifat ceria.Namun berbeza dengan Fain, Alyas adalah pelajar pemalas yang sering melepak di belakang kelas! Oleh sebab itu, Fain langsung tiada peluang mahu memandang si penyejuk mata itu. Mahu direnung, matanya rabun. Mahu dijeling, nanti matanya juling! Hanya papan hitam di hadapan menjadi wakil kepada wajah lelaki pujaan.Namun masalah mula menjelma, apabila guru mahu lakukan rombakan kelas yang mengasingkan pelajar cemerlang dan pelajar pemalas!
Oh, sesungguhnya retak beribu hati gadis itu apabila terpaksa menerima hakikat dirinya dan Alyas terpaksa berlainan kelas. Fain, perlu lakukan sesuatu sebelum segalanya terlambat! Malah, dia sanggup lakukan perkara salah sehingga mendapat gelaran sebagai Si Lembaga Kerusi Belakang!
* * * * *
Novel ini sangat sesuai kepada mereka yang pernah membaca novel Lembaga Kerusi Belakang kerana pembaca boleh memahami lebih mendalam akan kisah yang berlaku antara Nadiya Risa, Fain dan Laili. Malah, kepada mereka yang takut mahu membaca Lembaga Kerusi Belakang, novel ini mampu menjadi wakil untuk memahami apa yang bakal berlaku dalam novel seram itu. Haaa! Memang seronok Aman menaip novel ini kerana ianya berlaku di dalam timeline dan tempoh masa yang serentak dengan novel seram Aman!
Malah, novel ini juga berkemungkinan dikaitkan dengan buku penamat, novel seram ketiga yang sedang Aman taip sekarang ini. Jadi harapnya, semua dapat memberikan sokongan padu terhadap novel ini ya! Lelaki taip novel cinta woi! Hahaha!
Oh, ya! Di atas ini Aman sudah lukiskan konsep kaver untuk novel ini. Tetapi pastinya kaver sebenar akan lebih cantik lagi. Mari lihat sedikit teaser....
Cantik kan!?? Aman super teruja apabila tengok lukisan ini! Ia dihasilkan oleh rakan pekomik iaitu Ain Lavendra yang merupakan pelukis untuk nomik Running Star! Fuh... mahu lihat kaver penuh? Haa...nanti pada entry yang akan datang!
v (^_____^) v
-out-













