Tuesday, January 10, 2012

Seorang Penpal yang Sweet~!!

Korang pernah ada penpal? Atau kawan surat? (dulu takde FB, jadi main surat je) Yup, Aman pernah! Itupun sebab dulu Aman masuk dalam ruangan kenalan kat majalah KREKO. So, kebanyakan penpal Aman ialah budak2 yang suka melukis. Cool~!! Yang paling Aman teruja ialah dalam ramai2 tu, Aman dapat juga surat dari pekomik Nutz (Shamsinar) yang melukis di Gempak. Masa tu dia belum jadi pekomik Gempakstarz. Tapi, dalam ramai2 yang hantar surat, ada sorang je penpal Aman ni yang agak lama kitorang kawan. Mula dari tahun 2003 sampai 2006. Sakura-Chan~!!

Antara surat2 yang dikirim oleh Sakura-Chan~!! Kreatif sungguh design sampul! Cute!

Seronok berkawan dengan Sakura ni. Dia sangat supportive dan lukisan dan tulisan pun comel. Sebaya Aman gak. Bila Aman baca balik surat2 lama dari dia ni, kadang2 buat Aman tersenyum gak. Banyak kata2 semangat dia bagi kat Aman, dan banyak gak gambar2, sticker, CD dan lukisan Card Captor Sakura yang dia bagi kat Aman. Memang dulu kalau posmen datang, Aman orang yang cepat2 cek mailbox. Kalau nak ikutkan, dalam 3tahun kitorang jadi penpal, ada la dalam 20-30 surat yang Aman terima. Cool habis~!!

Tapi kemudian bila masing2 dah masuk Universiti, kitorang mula busy. Phone pun dah ada, then dari surat, pindah ke sms. Tapi bila sms, ia lain. Tak sweet dan tak nampak effort macam surat. Makin lama, semakin busy, dan terus masing2 diam diri sampai hari ni.

Walau apapun, Aman tetap simpan surat-surat ni. Bukannya Aman desperate atau apa, (hahaha) cuma Aman nak simpan memori yang pernah menceriakan Aman suatu ketika dulu. Apapun, walau Aman dah lost contact dengan penpal Aman ni, Aman doakan yang terbaik dalam kehidupan dia. Mana tahu satu hari akan berjumpa lagi. Terima kasih kerana menceriakan hidup budak hingusan ini ya. Hehe~!

Memori yang best~!! Thanx Sakura-Chan~!!

-out-

6 comments:

MrTimba said...

i wish sakura chan will read this ^_^

Anonymous said...

Sila bagi aku link fb sakura...nanti aku tolong PM dia entri ini! Huhu!

tun teja said...

sweet la maen anta srt:)

Aman Wan said...

kido- Hehe, harapnya begitulah. =)

Selo- Aku pun xde FB dia. hehe. Lost contact habis.

TunTeja- hahaha, zaman xde FB kan...rajin la bersurat. hehe

IFA Athirah said...

ooowh..ade2!!tp x dah nama pen pal tu.mmg lost contact abes.

Jay Saja said...

aman ni...mesti rindu kawan lama kan? rindu kenangan masa tu. aman tahu nama dia tak? try carik lah.

>> teringat kawan lama saya jugak. tapi nama dah lupa. so tak dapat nak stalk. (T^T)